
Kesempitan hidup bergelut dalam fasa PKP yang tidak berpenghujung memaksa golongan ibu bapa mengharap bantuan pada pihak tertentu. Bukan semudah yang disangka, hakikatnya masing-masing menebalkan muka lagi-lagi mengenangkan keperluan harian anak sendiri.
Kenapa awak tak tolak sedangkan awak dah dapat?
Pun begitu baru-baru ini, satu pihak yang giat menjalankan agihan derma kepada masyarakat sekitar meluahkan rasa terkilan kerana didapati sebuah keluarga menjual kembali barangan pemberian mereka. Di atas desakan salah faham yang berlaku, kedengaran si suami penerima tidak cakap banyak meminta maaf lalu memulangkan semula bekalanĀ pampersĀ kerana enggan mengeruhkan keadaan.
Adik ni jualĀ pampersĀ sebab nak dapatkan duit beliĀ pampersĀ saiz anak
Siapa menyangka, rupanya mereka sekeluarga telah menerima bantuanĀ pampersĀ anak dengan saiz salah. Tidak tahu bahawa penukaran boleh dibuat, suami isteri ini menjualnya kembali dengan niat wang yang diperolehi nanti akan digunakan untuk membeli lampin bersaiz betul. Sumbangan lebih yang diterima turut diberikan kepada jiran sekitar, bukannya āmakanā sendiri. Mujur sahaja ada pihak lain iaitu Encik Muhammad Ardy yang datang sekali gus memberi peluang pada keluarga ini untuk menjelaskan hal sebenar.
Allahuā¦Tak boleh bincang baik-baik ke
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kasihan dengan suami isteri berkenaan. Malahan mereka berpendapat isu terbabit sebenarnya boleh dibincang secara damai.
Sumber/Kredit: TkT0kĀ belladevassĀ & FBĀ Muhammad Ardy SyahadatĀ via Kis4hDunia
PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply