Wargamaya Trkejut Tengok Lelaki Ini Kongsi Rakaman Sebelum Dan Selepas Banjir Kampung Padang Piol “Air Naik Sampai 3.5 meter”

Musim tengkujuh ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu baru baru ini telah memberi ‘isyarat’ kepada negeri negeri yang berisiko dilanda banjir untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketika ini, banyak kawasan di beberapa negeri, teruk dilanda banjir sehingga mengakibatkan ramai kehilangan rumah, kenderaan malah ada yang sampai kehilangan nyawa.

Namun apa yang menarik perhatian ramai pengguna media maya apabila gambar yang dikongsi Chan Wern Shen mengenai ketinggian paras air banjir yang melanda sebuah kampung di Pahang, Kampung Padang Piol.

Foto yang dikongsinya merupakan rakaman sebelum dan selepas air surut. Ketinggian paras air semasa banjir mencecah hingga 3.5 meter tinggi.

” Locals treat it like pekara biasa jer…”

Ketika dihubungi, Chan Wern Shen memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan bercuti ke Taman Negara dan tidak menyangka perkara ini berlaku. Dia terpaksa menginap di Kampung Padang Piol selama beberapa hari sebelum menaiki bot untuk keluar dari kawasan terbabit.

Menurut lelaki ini, paras air ketika itu sangat tinggi namun bagi penduduk kampung itu ianya perkara biasa kerana setiap tahun mereka terpaksa berdepan kejadian sama.

” Dari apa yang bersembang dengan penduduk Felda, simpang itu memang banjir setiap tahun pada bulan 12 hingga 1… mereka kata ini cuma banjir kecil ”

Tambah Wern Shern lagi, pemandu bot kecil yang membawa mereka keluar dari kawasan terjejas banjir seperti sudah biasa dengan keadaan itu. Tugasnya hanya menghantar orang melintasi kawasan banjir atau membawa masuk orang ke kampung terlibat.

Masa saya di sana, ada nampak dia bawa bekal dari Bandar Jerantut dan bawa orang Keluar masuk.

Tetapi, apa yang menyedihkan bagi penduduk di sini, ketika kejadian banjir berlaku mereka hanya redha kerana itulah satu-satunya jalan keluar dari kampung tersebut.

Selalunya banjir ini mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk surut. Bayangkan hampir seminggu mereka terpaksa bergantung kepada bekalan dalam kampung tersebut dan jika ingin keluar ke Jerantut, mereka terpaksa mengharungi banjir yang paras airnya amat berbahaya.

Ketika dihubungi, lelaki ini sempat memuji sikap penduduk kampung di situ yang sangat baik hati membantu dan memberi tempat perlindungan kepada mereka ketika banjir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamya turut terkesima dengan ketinggian paras air di kawasan tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman sebagai penduduk di kawasan itu.

“Oh my G0d tingginya…”

“My kampung setiap kali banjit mesti terputus hubungan…”

“Scaryyyyy nyaaaa… Ya Allah 😱”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mr wern (@wernshen)

Nak KIaim Fr.ee Shppng Sho.pee Tak? KIik Sini… https://shp.ee/mw2mqm3

Sumber/Kredit: Wern Shen via johodaily

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*