Kes pembvnvhqn Surya hampir selesai, dan akan diserahkan untuk pendakwaan

Kertas siasatan pembvnvhqn seorang gadis hingga pvtvs pergelangan tangannya di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini sudah hampir lengkap dan akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan kes itu telah siap lebih 90 peratus.

“Kertas siasatan kes ini hampir lengkap dan akan dirujuk kepada pejabat timbalan pendakwa raya Terengganu untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya di sini, pada Rabu.

Mohd Adli berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat unit skuba Polis Marin Wilayah Tiga untuk mengesan barang kes yang dipercayai dibuang svspek berusia 19 tahun di Sungai Telemong di Kampung Bukit Tadok, pada Ahad.

Pasukan Polis Marin telah membuat pencarian dengan melakukan selaman di sekitar kawasan tersebut selama lebih kurang dua jam, bagaimanapun kita tidak menjumpai apa-apa barang yang dikaitkan dengan kes ini,” katanya.

Dalam kejadian 1 November lalu, Siti Nur Surya Ismail, 19, ditemui dibvnvh kejqm dengan beberapa kesan tikaman pada beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Berikutan itu, rakannya seorang pelajar Tingkatan Enam yang juga svspek utama kes pembvnvhqn itu telah ditahan dan diremqn selama 14 hari bagi membantu siasatan.

Kredit: Awani

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*