‘Dah tu, takkan nak angkat bendera PAS pulak?’ – Netizen kecam 2 pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju dengan kempen angkat bendera putih

Kempen mengangkat bendera putih bagi pihak yang terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin mendapat perhatian banyak pihak. Tidak diketahui bagaimana kempen itu dimulakan tetapi ramai yang memuji insiatif itu sebagai cara untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun, dua pemimpin kanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Nik Abduh (Ahli Parlimen Bachok) dan Rosli Abdul Jabar (Pesuruhjaya PAS Pahang dan ADUN Tanjung Lumpur) berpandangan perbuatan mengangkat bendera putih itu seperti mengajar rakyat untuk mengaku kalah ketika berdepan dengan ujian Allah SWT.

Nik Abduh berkata, mereka yang sedang diuji sepatutnya menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.

“Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih,” tulisnya di Facebook.¬†

Rosli Abdul Jabar berpendapat perbuatan mengangkat bendera putih bukanlah cara yang sesuai, sebaliknya ada cara lain yang lebih baik dan menjaga maruah untuk orang ramai meminta bantuan. Malah perbuatan itu katanya adalah langkah mengibarkan kekalahan.

“Saya tak setuju cadangan dinaikkan bendera putih untuk memaklumkan kita kehabisan makanan kerana ada yang akan mengambil kesempatan, memelihara maruah diri dan ummah. Kita masih ada cara yang lebih baik dan dapat menutup keaiban orang.

“Jangan angkat bendera putih macam orang kalah perang. Kita masih ada kekuatan. Kibarkan panji Islam dengan kibaran syiarnya Islam sebagai agama saling membantu,” katanya.

Kenyataan dua pemimpin kanan PAS itu mengundang keca.man netlzen yang menyifatkan mereka berdua bagaikan tidak memahami masaIah golongan terjejas akibat PKP.

Antara Komen Komen Netlzen Yang Mdapat Perhatian

“Orang politik. Masa nak mengundi bukan main cari rakyat segala ceruk pendalaman. Dah menang dan dibagi amanah untuk memimpin, boleh buat tak tahu dengan rakyat. Masa inilah kau cari rakyat sampai segala ceruk tu. Orang dah angkat bendera putih, kau pula yang terasa. Ini tandanya korang sebagai pemimpin yang gagaI teruk!” kata Chandra Husin.

“Pak lebai punya mentaIiti, semua benda nak dikaitkan dengan lslam. Apa kena mengena kibar bendera putih dengan peperangan bagai. Sekarang ini zaman Covld19, orang nak memudahkan rakyat mohon bantuan. Tengok ada bendera putih, kita salurkan bantuan. Dok kaitkan dengan perang bagai,” kata Blackrose.

“Orang yang dapat elaun setiap bulan bersembang.. Kalau betul ADUN buat kerja, tak adanya rakyat sampai nak angkat bendera putih,” kata Mohd Azli.

“Di saat ramai rakyat di bawah ini sedang menderlta dan marah kepada kerajaan, sepatutnya masa inilah PAS bertungkus lumus untuk menarik balik mereka ini menyokong kerajaan dengan memberi pelbagai bantuan. Jangan keluarkan kenyataan yang bakal membuatkan rakyat semakin marah. Tiada hlnanya angkat bendera putih ini. Kita bukan berperang, ini cuma inisiatif untuk mereka yang terkesan,” kata mohd Dolralim.

Sumber/Kredit: MalaysiaKini, FB Rosli Abdul Jabar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*