“Niat solat pun tak tahu?” -Tanya soalan ᴀɢᴀᴍᴀ sebelum beri bantuan, ustaz ini ᴅɪᴋʀɪᴛɪᴋ ramai

Membantu mereka yang memerlukan pada ketika ini memang tndakan yang sangat digalakan, terutama apabila ramai yang berdepan kesempltan hidup.

Terbaru, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berpakaian putih sedang memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan di tepi jalan.

Beri tazkirah tapi memalukan?

Bagaimanapun, tindakan lelaki berkenaan mencuri perhatian warganet kerana didkwa seperti sedang memberi ‘tazkirah’ namun caranya agak ᴋᴀꜱᴀʀ kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi video berdurasi 1 minit tersebut juga dapat didengari akan beberapa soalan yang ditanya oleh individu tersebut seperti berapa rukun iman, niat solat fardhu Maghrib dan sebagainya. Sesiapa yang gagal atau tidak memberikan jawapan tepat seolah-olah tidak layak menerima bantuan.

Video itu telah dimuat naik oleh pengguna Twitter, @NazrudinRahman yang meluahkan rasa ᴋᴇꜱᴀʟ terhadap sikap individu berkenaan.

“Aku ᴊɪᴊɪᴋ dengan ᴋᴇᴀɴɢᴋᴜʜᴀɴ, terutama dari golongan ‘terpelajar’. Orang tengah kebulur, dia boleh bagi syarat kena solat? Kena jawab quiz ᴀɢᴀᴍᴀ sebelum mendapat bantuan? Ini salah. Astaghfirullah. Dimana hilangnya ikhlas dan perikemanusiaan,” tulis ciapan tersebut.

Nazrudin juga beranggapan bahawa individu berkenaan seperti tidak ikhlas dan tidak berperikemanusiaan dalam menghulurkan bantuan. Selain turut mendakawa perbuatan itu memalukan orang dalam kesusahan.

Patut ke dia buat macam tu?

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut geram melihat tindakan individu berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti akan identitinya.

Peliknya cara dia dakwah

Siap kira lagi berapa dia bagi

Niat dah baik tapi cara tak betul

 

SUMBER/KREDIT : Twitter (NazrudinRahman) via redaksi

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*