Siti Kasim Lepas, Bebas Tuduhan HaIang Tugas Pegawai Jawi. Ini Sebab Kenapa Dia Bebas Daripada Pertduhan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada satu acara di sebuah hotel pada 2016.

Majistret Tawfiq Affandy Chin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendkwaan gagal membuktikan unsur-unsur pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di akhir kes pendkwaan terhadap Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim, 57.

Dalam keputusannya, Tawfiq berkata, pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertduh adalah c4cat kerana tidak dinyatakan secara spesifik bentuk halangan tersebut.

“ Selain itu, melalui keterangan semasa perbicaraan, saksi pendkwaan bersetuju bahawa tertduh memberikan kerjasama dan tiada bukti menunjukkan tertduh menghalang pegawai Jawi menjalankan tugas sewaktu majlis makan malam di hotel itu,” katanya.

Tawfiq juga berkata, tindakan tertuduh adalah sebagai seorang peguam yang melindungi anak guamnya dalam mempertikaikan ketiadaan waran tngkap ketika serbuan terhadap majlis itu.

“ Dalam kes ini, Jawi seharusnya melakukan operasi mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu mengemukakan waran tngkap semasa serbuan dibuat.

“ Tindakan serbuan yang dibuat adalah untuk kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan yang merupakan suatu kesalahan yang tidak boleh ditngkap tanpa waran. Namun demikian boleh diperhatikan kesalahan tersebut mengikut jenayah syariah ialah kesalahan yang boleh ditngkap.

“ Walaupun serbuan adalah berdasarkan maklumat orang ramai, Jawi seharusnya menjalankan operasi secara berhemah. Mahkamah berpendapat acara tersebut dijalankan secara betul.

“ Oleh itu mahkamah melepas dan membebaskan tertduh daripada pertduhan ini tanpa perlu dipanggil membela diri,” kata Tawfiq.

Difahamkan, acara tersebut merupakan majlis makan malam tertutup yang melibatkan komuniti tr4nsgnder di sebuah hotel di sini.

Seramai enam saksi pendkwaan termasuk mangsa iaitu pegawai Jawi dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan yang bermula pada 2017.

Mengikut pertuduhan, Siti Kasim didakwa dengan sngaja menghalang pegawai Jawi, Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 40, dalam melaksanakan tugasnya di sebuah hotel, di sini pada 10.30 malam, 3 April 2016.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ashikin Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam Suzana Norlihan Alias dan Rajsurian Pillai.

Peguam Arik Zakri Abdul Kadir hadir sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan manakala peguam Tay Kit Hoo untuk Badan Peguam Malaysia. – Bernama

Sumber : MALAYSIAKINI

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*