“Saya Telah Ikhtiar Hingga Saat Akhir Untuk Selamatkan Malaysia”– Tan Sri Muhyiddin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau telah melakukan apa yang beliau fikirkan perlu untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata daripada wabak C0VlD19.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ia termasuk menentukan rakyat ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat.

“Ini adalah aspek terpenting dalam kehidupan sesebuah negara. Mungkin saya diangkat ke darjat ini (Perdana Menteri) untuk tujuan itu agaknya.

“Seperti yang dapat kita lihat pentadbiran kerajaan kita walaupun dalam sukar masih mampu untuk diteruskan. Kita meneliti bagaimana kita hendak membantu rakyat dan kesan CVlD-19 cukup mendalam,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya.

Muhyiddin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri hari ini berkata, beliau sanggup bercakap apa yang benar walaupun pahit.

Menurutnya, Allah S.W.T mengkehendaki umatnya bercakap benar dan melakukan apa yang betul iaitu melawan kejahatan.

“Kalau kita berpegang pada hukum sebegini, InsyaAllah hidup kita selamat. Jawatan ada amanah itu berat. Sebab itu saya kena buat betul.

“Betul bukan saya rasa betul, tapi Allah kata ini yang betul. Kita tidak lakukan apa yang kita rasakan betul, tetapi kita lakukan apa yang betul. Mungkin kita rasa itu betul, tetapi Allah kata itu tidak betul. Saya berpandu pada itu,” katanya.

Terdahulu, katanya, beliau seorang manusia yang mengikut peraturan dan tunduk kepada Perlembagaan Negara apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

“Saya telah berjanji bahawa saya akan menjunjung Perlembagaan Negara, instituasi diraja dan sebagainya,” katanya.

‘Terima kasih semua’

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para frontliners yang terus bertungkus-lumus memerangi pandemik CVlD-19.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam yang memberi kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan berharap segala dasar yang baik untuk rakyat dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak industri, para pekerja, pertubuhan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan semua pihak yang membantu Kerajaan PN menyampaikan khidmat kepada rakyat.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang berkorban masa dan tenaga bersama saya selama ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pengurusan tertinggi Kerajaan Persekutuan termasuk Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain pegawai yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu. Anda semua banyak membantu saya menjalankan tugas dan amanah mengurus negara di waktu pandemik ini,” katanya dalam perutusan khas hari ini.

Muhyiddin dalam nada sebak mengucapkan terima kasih paling istimewa tentunya buat isteri dan keluarga yang menjadi sumber inspirasi sejak dahulu hingga ke hari ini.

Pada masa sama, beliau menghargai kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pimpinan tertinggi PN dari parti Pas, STAR, SAPP dan Gerakan, pimpinan Gabungan Parti Sarawak, pimpinan MCA dan MIC serta sebahagian ahli Parlimen UMNO yang terus memberikan sokongan kepadanya hingga ke saat akhir.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ucapkan terima kasih atas sokongan saudara dan saudari sekalian. Saya akan terus berbakti kepada anda serta sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda semua.

“Kekal bertenang. Mudah-mudahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberikan rahmat kebijaksanaan untuk memilih Perdana Menteri yang baharu menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Muhyiddin mengakhiri perutusan terakhir beliau sebagai Perdana Menteri dengan mengajak rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan untuk seluruh tanah air ini.

Dalam doa tersebut, beliau mendoakan agar penyakit CVlD-19 lenyap dari muka bumi ini.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau kurniakanlah kerahmatan kepada kami, Engkau lindungilah keselamatan dan keamanan negara kami, Engkau peliharalah kesihatan dan kesejahteraan hidup kami. Engkau lenyapkanlah penyakit CVlD dari muka bumi-Mu ini, Ya Allah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: K! ONLINE, khabarportal.com dan utusan.com

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*