Kenapa Permintaan Tempahan Keranda Yang Tinggi Membuatkan Pembuat Dan Pengukir Keranda Ini Bertambah Risau?

“SEPATUTNYA saya rasa gembira bila tempahan ke’randa yang banyak bermakna pendapatan saya juga bertambah tapi sekarang bila makin banyak tempahan membuatkan saya takut.”

Demikian kata pembuat ke’randa dan pengukir batu nisan, Mohd. Fozailah Hussain yang memperoleh peningkatan tempahan ke’randa ekoran lonjakan ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ COVlD-19 hampir setiap hari.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya memotong papan untuk dijadikan dinding ke’randa di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

Sememangnya wabak COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu itu telah memberi kesan mendalam kepada semua.

Di Malaysia, sejak mula dikesan pada awal tahun lalu, kehidupan ramai orang melarat apabila kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya memasang papan untuk dijadikan dinding ke’randa di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

Lebih menyayat hati, ramai kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan wabak berbahaya itu.

Sehingga kini, 7,718 nyawa telah diragut COVID-19, malah masih ramai sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU).

Mohd Fozailah Hussain menyiapkan ke’randa yang ditempah oleh waris untuk jenazah ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ Covid-19 ketika ditemui di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini

Bagi Mohd. Fozailah, 53, peningkatan jumlah tempahan ke’randa sememangnya menginsafkan dirinya bahawa virus yang sedang menular ini benar-benar berbahaya.

Lebih meruntun jiwanya yang telah 11 tahun mengusahakan perniagaan itu, bulan ini merupakan tempahan tertinggi yang pernah diterimanya.

Mohd Fozailah Hussain menyiapkan ke’randa yang ditempah oleh waris untuk jenazah ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ Covid-19 ketika ditemui di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

Kebiasaannya, kata Mohd. Fozailah, dia hanya mampu menjual dua buah ke’randa setiap hari, namun melonjak sehingga 10 ke’randa ketika musim COVID-19 ini.

“Saya rasa takut bila tempahan semakin banyak dan setiap hari memikirkan angka ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ COVID-19 yang kian meningkat.

Mohd Fozailah Hussain dibantu anaknya ketika menyiapkan ke’randa dikedainya yang terletak di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

“Bulan ini sahaja saya telah menjual 70 buah ke’randa dan ia tempahan paling banyak saya dapat daripada penyelia kubur serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan jenazah-jenazah ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ COVID-19.

“Sepatutnya saya gembira apabila pendapatan bertambah tetapi perkara ini membuatkan saya lagi takut dan insaf,” katanya ketika ditemui media di Kampung Sungai Sireh Tambahan, Klang.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya menyiapkan kerja-kerja akhir membuat ke’randa di kedainya di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

Setiap sebuah ke’randa yang dibuat panjang 74 inci x 18 inci dijual dengan harga RM250 namun kadang-kala perlu diubah suai mengikut saiz jenazah.

Setiap ke’randa yang dibuat mengambil masa 30 minit sambil dibantu anaknya, Mohd Aiman Faiz, 24.

Sebahagian daripada ke’randa-k’eranda yang telah siap disusun ditepi kedainya bagi membuat persediaan sebelum menerima tempahan di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fozailah berkata, peningkatan jumlah ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ COVID-19 membuatkan dirinya menyiapkan antara empat hingga enam ke’randa lebih awal sebagai persediaan.

Bagi pengurusan jenazah, Mohd. Fozailah menggunakan sebuah van dan motosikal untuk menghantar ke’randa ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari kedainya.

Kedai Ke’randa dan Batu Nisan milik Mohd Fozailah Hussain yang terletak di Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, hari ini.

“Saya harap orang ramai terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan kekal berada di rumah supaya kita dapat bendung penularan COVID-19 ini.

“Saya juga berdoa keadaan dalam negara kita dapat pulih seperti sediakala,” katanya.

Mohd Aiman Faiz membantu ayahnya mengangkat ke’randa yang telah siap untuk dihantar ke Tanah perkuburan Selat Klang, hari ini.
Mohd Fozailah Hussain menghantar ke’randa yang telah siap menggunakan motosikal ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*