Terguris Hati? lni Luahan Hati Mohamad Sabu Bila Dapat Tahu Ismail Sabri Jadi PM

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu terasa kecil dan terguris hati apabila pihak yang mendapat mandat rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak memperoleh mandat itu semula.

Kata beliau, rakyat telah melihat proses pilihan raya untuk memilih kepimpinan negara telah menjadi sia-sia sejurus Langkah Sheraton bermula dengan pertukaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

“Saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya Mei 2018 tidak memperoleh mandat itu semula.

“Oleh itu, proses demokrasi berparlimen di Malaysia perlu diperteguhkan semula agar beri keyakinan kepada rakyat supaya ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ia berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihan raya yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya Mei 2018 tidak memperoleh mandat itu semula.

“Oleh itu, proses demokrasi berparlimen di Malaysia perlu diperteguhkan semula agar beri keyakinan kepada rakyat supaya ‘Peristiwa Sheraton Move 2020’ tidak akan berulang lagi di masa hadapan. Kalau ia berulang, bermakna sistem yang kita pilih ini telah hancur dan perlu diperbaiki menjelang pilihan raya yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Mohamad menjelaskan dalam memberi keyakinan semula kepada rakyat adalah sukar apabila yang menang menjadi pembangkang dan yang kalah menjadi kerajaan.

“Rakyat perlu membuat pilihan. Yang penting sistem demokrasi berparlimen perlu dipertahankan,” jelasnya.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsud

Umno kembali berkuasa: Pua salahkan pembangkang

Pengumuman bahawa Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan mendapat reaksi berbeza di kalangan dari ahli politik pembangkang.

Paling ketara adalah dari Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua, yang mempersalahkan pembangkang yang menyaksikan Umno kembali berkuasa.

“Ditendang keluar dari kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk.

“Tetapi berperanan utama yang membolehkan Umno kembali berkuasa? Satu tamparan,” katanya dalam satu catatan Facebooknya malam ini.

Pua merujuk kepada kejatuhan Pakatan Harapan tahun lalu, dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang untuk mengasak pentadbiran Perikatan Nasional sehingga menyebabkan pengunduran diri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

Ahli Parlimen Damansara itu sebelum ini lantang membidas idea menjatuhkan Muhyiddin, kerana bimbangan bahawa tindakan berkenaan akan menyebabkan Umno kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh PH pada pilihan raya umum 2018.

Sebagai rekod, PH berjaya membentuk kerajaan persekutuan pada Mei 2018 setelah bertahun-tahun memerangi gabungan pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno.

Ketika Muhyiddin menawarkan semua parti politik untuk bekerjasama, dalam apa yang dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan kedudukannya, Pua adalah antara beberapa pemimpin pembangkang yang menyarankan agar pembangkang mempertimbangkannya.

Perdana Menteri ketika itu, antara lain telah menawarkan untuk melaksanakan reformasi politik yang diperjuangkan PH termasuk untuk membatasi tempoh jawatan perdana menteri dan Undi18.

Muhyiddin juga menawarkan untuk memberikan peruntukan parlimen yang sama kepada semua anggota parlimen pembangkang dan melantik ketua pembangkang setaraf sebagai menteri kanan kabinet, sebagai pertukaran untuk sokongan mereka.

Namun, cadangan Pua untuk menerima tawaran yang dihulurkan oleh Muhyiddin tidak disambut baik dan gagal. Seorang lagi pemimpin DAP lain yang berkongsi peandangan yang sama adalah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, yang juga dikritik hebat.

Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Chan Foong Hin, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini menyoal apakah kerajaan baru Ismail sabri akan menawarkan tawaran serupa kepada pembangkang.

“Adakah kerajaan akan masih meneruskan tujuh tawaran Kerjasama Rentas Parti yang dibentang oleh bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, termasuk penggubalan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti, dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik?”

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT: satkoba viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*