Terkini! Pemilik Rest0ran Tampil Pertahankan Dlri, Berltahu Cerita Sbenar Harga Ikan Siakap

LANGKAWI:  Ikan siakap yang dijual pada harga RM 1,196 di Taman Geoforest Karst Kilim di sini yang tular semalam, diternak pemiliknya  selama 11 tahun.

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa berkata, ikan siakap seberat 7.48 kilogram tersebut diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti kebanyakan sangkar ikan komersial lain.

“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.

“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak kos untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tak mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya apabila ditemui di restoran tersebut, di Taman Geoforest Karst Kilim di sini hari ini.

Tambahnya, kos o.perasi restoran terapung adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga RM 7,000 sehari.

Katanya, selain daripada kos memberi makan kepada ikan di sangkar tersebut, kos operasi lain seperti minyak bot yang digunakan untuk membawa bahan masakan dan kos penyelenggaraan restoran juga adalah lebih tinggi kerana kedudukannya yang terapung mengikut pasang surut air laut.

Menurutnya, pengawal keselamatan juga perlu diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dic.uri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap apabila malam tiba.

Jelas Norasyikin, ini bukan kali pertama dia menjual ikan yang bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restoran tersebut.

“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap menjual ikan tersebut, tetapi saya tetap akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram ke dua kilogram.

“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul masalah seperti ini,” ujarnya.

Semalam, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar hampir RM 1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.

SUMBER/KREDIT : Utusan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*