Vida Dedah Ada Unsur Pilih ‘Bulu’ Penyingkiran Apek Dan Yassin “Saya Mantan Sponser GV, Sy Tahu Mainan Ini”

PERJUANGAN kumpulan Sa Ya di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berakhir apabila tersingkir di peringkat suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Sa Ya yang dianggotai oleh Saiful Apek dan Yassin menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita terpaksa akur dengan keputusan juri yang menegur vokal mereka.

“Ini adat pertandingan. Kami pelawak pertama sertai GV. Kami dalam proses belajar.

“Dalam satu kejayaan ada 99 kegagalan. Tujuan kami untuk perbaiki persembahan di pentas. Ini adalah satu proses pembelajaran untuk beri inspirasi kepada orang di luar sana.

“Kami sudah langsaikan hutang dalam bidang seni untuk peminat sepanjang dalam GV8. Peluang ini akan jadi lipatan sejarah,” ujar Saiful mewakili Sa Ya.

Keputusan suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Sementara itu bagi Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dan Anugerah Bintang Cuckoo dimenangi oleh Nikki Palikat.

Pusingan suku akhir GV8 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang dan dua juri jemputan iaitu Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk Norman Abdul Halim.

GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Untuk tugasan separuh akhir bertemakan Lagu Untukmu, peserta akan menyanyikan lagu pilihan juri.

Susulan dengan penyingkiran kumpulan saya, rata-rata peminat tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Dato Vida turut memberikan komen sperti berikut:

SAYA RASA ADA MASALAH GV MINGGU PENTING NI..TOWARDS KE SEPARUH AKHIR..✅ SA.YA PERFORMANCE ADA X FACTOR MALAM NI..

SHIDEE PULA NAK DI SIMPAN ..NAK SELAMATKAN ….NAMPAK SANGAT PILIH BULU..BULU PAHAT TAK KELUAR SUARA..TAPI DISIMPAN..?A

TAS DASAR APA?..LAGEND? KALAU DAH SAH SAH PANCIT ? NAK SELAMATKAN LAGI?, ✅YANG BAGUS DI SINGKIRKAN..

ADAKAH SEBAB MEREKA PELAWAK..MENJADI FILLER JER DALAM GV..TIBA TIBA LAIN JADI..MEREKA BERUSAHA BAIKI KELEMAHAN MEREKA..

AKHIRNYA HASILKAN GREAT IMPROVEMENT SETIAP MINGGU…SAYA TAHULAH..MAINAN NI..SAYA MANTAN SPONSER GV

Komen Netizen:

Nak KIaim Fr.ee Shppng Sho.pee Tak? KIik Sini… https://shp.ee/mw2mqm3

Sumber/Kredit: mstar

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*