Ini Kata Kata Sharnaaz Ahmad Selepas Keluar DariLokap Selepas 3Hari Direman Kerana TendangPengawal Keselamatan

Baru baru ini tular di media sosial tentang seorang pelakon telah bertindak kasar dengan mengasari seorang pengawal keselamatan.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam pada Khamis lalu.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia pertengahan 30-an itu yang juga penghuni kondominium berkenaan meminta rakannya untuk membeli minyak masak.

Kata beliau, ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.

ā€œBerlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.

ā€œSuspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa,ā€ katanya di sini.

Menurut beliau, mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediaman sama malam.

Ini Kenyataan Sharnaaz Ahmad selepas keluar dari tahanan

Sharnaaz Ahmad memberitahu dia akan membuat sidang media dalam masa terdekat ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menurut beliau sepanjang beliau ditahan, pihak polis telah menjaga dia dengan elok dan tiada apa apa yang buruk berlaku.

Beliau memberitahu apa yang dibuat dia yakin tidak bersalah. Perkara ini akan dibawa ke mahkamah juga.

Sharnaaz turut menyeru supaya jangan buat apa apa spekulasi dengan apa yang terjadi. Dia turut beritahu bahawa dakwaan dia menvmbuk adalah tidak benar.

Video:

Sumber/Kredit: Utusan Online / HMETRO ONLINE via ASN

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*