Susulan Kes di Sg. Buloh, Tiga Lagi Penguatkuasa MBSA Ditahan SPRM, Menjadikan 8 Penahanan Setakat Ini

KUALA LUMPUR: Seramai tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan selepas hadir di pejabat SPRM di Putrajaya, jam 2 petang semalam.

Setakat ini lapan orang penguat kuasa bersama seorang peniaga warga Acheh sudah ditahan SPRMĀ susulan penahanan bagi kes yang ditularkan oleh Mohd Asri Hamid atau Lebih Dikenali dengan Asri Janggut.

Aktiviti rasuah tersebut bagi melindungi premis perniagaan haram, risikan dibuat oleh SPRM sejak isu berkenaan tular beberapa hari lalu.

Maklumat dari sumber berkata, hasil soal siasat mendedahkan terdapat rangkaian sindiket dalam kalangan anggota penguat kuasa yang mengutip wang rasuah secara bulanan.

ā€œ Wang perlindungan ini seolah-olah menjadi suatu budaya dalam kalangan penguat kuasa sehingga menyebabkan peniaga-peniaga termasuk premis judi tidak takut kepada sebarang tindakan penguatkuasaan,ā€ kata sumber.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

ketiga-tiga anggota penguat kuasa itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini untuk perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jnayah.

KREDIT: BERITAHARIAN

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*