Terkejut Org Ramai Harga Sotong 2Ekor RM100, Tokey Nasi Kandaq Buka Mulut Beri Penjelasan “Kita Guna Rempah Giling, Asli Tau Tak?”

GEORGE TOWN – Kec0h dengan perkongsian seorang pelanggan mengenai pengalamannya menikmati nasi kandar yang telah berlaukkan dua ekor.sotong goreng dengan berharga RM 100! di sebuah restoran nasi kandar popular di sini telah mendapat perhatian orang ramai sampaikan tular di media sosial hari ini.

Menurut perkongsian oleh seorang lelaki di laman.FB, dia mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri ini kerana menganggap harganya yang mahal.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM 100,” katanya.

Lelaki berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong itu yang bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, pengguna Facebook itu turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada pukul 5.09 petang semalam.

Resit itu memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM 100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berharga RM 4.50, nasi putih RM 1.50, dua biji telur masin RM 2, papadom RM 3 dan timun RM 2.

Sementara itu, dalam sebuah video yang dimuat naik sebuah portal berita, wakil restoran berkenaan menjelaskan, pelanggan yang tidak berpuas hati tersebut telah memesan saiz sotong yang lebih besar dengan harga yang ditetapkan.

Penjelasan Kenapa Sotong Harga Sampai RM100 utk 2Ekor?

“Kita beli pun sudah mahal RM35 sampai RM50 sekilogram. Kita ada display harga dekat signboard. RM10 sampai RM150.

“Jadi, personally, customer tu dua-dua laki dengan perempuan ambil sotong besar. padahal tak tanya harga semua.

“Saya ingat dia sudah tau harga tu, saya kira bungkus dan serahkan kat dia dan dia bayar. Malam tu, dia sudah viral. Sebelum-sebelum ini, customer kami yang kami jual RM80 sampai RM100 tak ada c0mplaint. Kita guna rempah-rempah asli, rempah-rempah giling,” katanya.

Tampil Beri Penjelasan

Reaksi Orang Ramai

“Cekek d4rah nak ma.mpuih , punya mahai gila. Nak cepat ka.ya la depa ni,” kata Farah Dina Johari.

“Ikut la jejak macam kat Langkawi! Kalau dulu kat Penang meja dah kena teyrapp (terbalik) dah!” komen Faradik Abd. Rahman.

“Kaww naa bro. Dulu nak jimat duit makan nasi selalu, sekali sekala makan McD ka pizza. Lani nak sep (jimat) duit makan fast food jangan makan kedai mamak. Orang tua KFC pun tak sezalim mamak nasi kandar la,” tamha Mahadhir Ismail.

“Sotong kayangan. Kena report,” nasihat Sharifah Noor Azah Al-Shahabuddin.

“Sotong ni dok satu kolam dgn siakap kat Langkawi,” gurau Ramizah Ramli.

Perghh sotong kayangan..dia ternak dlm sangkar jugak kot buat pameran.

Zaman 80an kalau kena s.embelih pelanggan kena telan aje. Tidur malam pun tangan letak kat dahi. Zaman sekarang jangan buat main2..x sampai 5 minit dah v.iral.

Harga makanan sekarang ini… Agak g.ila2, dan terlalu tinggi. Biarlah berpatutan, jangan untung banyak sangat.

Kalau Nak makan sedap sampai puas nak mmpos, masak lah sendiri… Pg pasar beli sotong berton2 tak taukey tu maarah… Ukur dulu itu pocket, baru ukur perut nak makan apa d kedai.

SUMBER/KREDIT : Kosmo/mlysiangazette

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*