Tular Rakaman Bayar Tol Dengan RFID Sepantas Kilat Lepasi Palang “Ibarat Byar Tol Pakai Niat Jer?”

SISTEM pembayaran tol saban hari semakin canggih, bermula dengan pembayaran secara tunai sehinggalah penggunaan bayaran secara digital seperti Touch N’ Go, SmartTag, sistem RFID dan ERP yang telah memudahkan orang ramai setiap kali melalui jalan yang mempunyai tol.

Baru-baru ini tular satu rakaman video pendek yang berdurasi 21 saat menunjukkan sebuah van berwarna putih memecut laju melepasi tol dalam satu ujian Sistem RFID.

Menurut Akhbar Kompas, rakaman ujian sistem tersebut dibuat di tol jalan Simpang Susun Waru-Bandara Juanda, Surabaya. Tol tersebut dikendalikan oleh syarikat PT Citra Marga Nusaphala Persada (PT CMNP). Anissa Indrayanti, wakil PT CMNP mengesahkan video yang tular baru-baru ini.

“Ya, video ujian ini dilakukan di tol jalan Waru-Juanda milik anak syarikat CMNP di Surabaya,” katanya.

Tambah Annisa lagi, video tersebut bukanlah video yang baru terjadi, tetapi telah dirakam semasa tahun 2017.

“Video ini dirakam pada tahun 2017. Pada masa itu kami menguji sistem RFID SLFF (Single Lane Free Flow). Sistem SLFF ini tidak jauh berbeza dengan Sistem Multi Lane Free Flow (MLFF), cuma yang membezakannya ialah penghadang yang ada pada tol untuk Sistem SLFF ini,” jelas Annisa.

Walaupun kita dapat lihat dengan jelas ujian Sistem RFID SLFF ini telah ‘berjaya’, tetapi sistem ini masih belum lagi digunapakai pada tol jalan Waru-Juanda. Terang Anissa, mereka cuma mahu membuat ujian sahaja ketika itu.

Rakaman yang tular

SUMBER/KREDIT : akupapankekunci

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*