Tular Warga Asing S0lat Aidiladha Tepi Jalan, Polis Kini Giat Kenalpasti Jemaah Yang Hadir

Berikutan tular rakaman video memaparkan limpahan jemaah surau yang menghadiri solat sunat Aidiladha di Pulau Pinang, polis kini giat mengenalpasti jemaah terbabit yang majoritinya adalah terdiri daripada warga asing.

Polis giat kenalpasti jemaah warga asing

Ketua Polis Pulau Pinang dalam kenyataannya menjelaskan bahawa situasi yang berlaku di Surau Taman Pelangi pagi tadi adalah di luar jangkaan pihak pengurusan surau memandangkan mereka sudahpun ambil maklum akan jumlah yang ditetapkan untuk berjemaah dalam satu masa.

“Situasi tersebut berlaku secara spontan namun, itu bukan bermakna kita tidak menyiasat sebaliknya siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti jemaah yang hadir sekiranya mereka melanggar SOP.”

“Mereka tahu bahagian dalam dah penuh jadi, mereka solat pula di luar namun, masih mematuhi SOP dengan menjaga penjarakan sesama mereka.”

Tak berkompromi dengan SOP

Seterusnya, Ketua Polis juga memaklumkan bahawa pengurusan surau tidak melaporkan situasi tersebut kepada pihak polis demi menjaga sensitiviti masing-masing untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepada pihak pengurusan masjid atau surau agar segera memaklumkan kepada polis sekiranya didapati sebarang majlis yang dianjurkan terdapat pihak yang melanggar SOP.

“Saya faham akan kariah masjid atau surau untuk jaga sensitiviti orang nak buat amal ibadah…”

“Tetapi dalam kita menangani wabak Covid-19 ini, kita tak boleh berkompromi dengan SOP.”¬†

Video tular di media sosial

SUMBER: Malaysia Gazette

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*