Tak Sangka, Akhirnya Long Tiger Berjaya Dicekup Semula Di Kawasan Ini

JOHOR BAHRU – Selepas 13 hari bersembunyi, lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu diberkas polis.

Difahamkan, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas yang dijalankan sekitar Johor Utara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini esok.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Terdahulu…

Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?

PETALING JAYA – Kelibat seorang lelaki dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikatakan mirip ‘Long Tiger’ iaitu tertuduh etnik Rohingya yang melarikan diri ketika hadir pada prosiding di seebuah mahkamah di Johor kelmarin.

Menerusi rakaman tular di aplikasi TikTok, seorang pemuda memakai baju berwarna putih berkepala botak lari di sebuah lorong belakang beberapa buah premis.

Turut kelihatan tangan lelaki itu yang dibaluti sehelai kain putih, walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi dan sebenar kejadian tersebut dirakam.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Pelanduk dua serupa je kot,” tulis aamie.jr.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai ariff_219.

“Macam manalah dia boleh lepas ni,”ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki berketurunan Rohingya bergelar Long Tiger kini diburu polis selepas berjaya melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, suspek bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu berjaya meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraannya bermula.

Sumber/Kredit:kosmo online

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*