(Video) Rakyat Tengah Berlapar, Macam Mana Pemimpin Politik Boleh Sibuk ‘Bertumbuk’

Kadir Dkwa Zahid, ‘kluster mhkamah’ cuba jatuhkan Muhyiddin melalui Ismail.

BEKAS ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ Umno jelas mahu merampas kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob.

Kadir berkata, ia dapat dilihat setelah Umno – selepas keputusan Majlis Tertinggi – mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, tetapi pada masa sama tidak mengarahkan menteri dan timbalan daripada parti itu untuk meletakkan jawatan.

Sebaliknya, katanya lagi, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikatakan merestui pelantikan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

“Strategi Ahmad Zahid dan kluster mahkamah sangat jelas. Mereka mahu menyingkirkan Muhyiddin dengan harapan Umno boleh merampas kerajaan melalui Ismail Sabri.

“Bagi ahli-ahli Parlimen Umno pula, kerusi menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah terlalu empuk untuk ᴅɪᴋᴏʀʙᴀɴᴋᴀɴ. Slogan mereka adalah ‘demi diriku, anak biniku dan konco-koncoku’, (slogan) demi agama, bangsa dan negara adalah klise,” ᴅᴀᴋᴡᴀɴʏᴀ dalam satu hantaran di Facebooknya, pagi ini.

“Kluster Mahkamah” biasanya diguna untuk merujuk kepada pemimpin Umno yang berdepan perbicaraan kes mahkamah selepas kejatuhan BN dalam pilihan raya umum lalu.

Menyifatkan langkah itu sebagai “politik orang tidak siuman”, Kadir juga memetik kenyataan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan bahawa ahli Parlimen Umno boleh menggunakan “budi bicara” jika berlaku sebarang pengundian ketika sidang Parlimen nanti.

“Hasil hipokrasi dan penyundalan politik ekstrem oleh pemimpin-pemimpin atasan Umno ini, Muhyiddin kekal perdana menteri walaupun MT Umno sendiri mahu dia meletakkan jawatan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ahmad juga berkata walapun ahli Parlimen Umno boleh menggunakan budi bicara, mereka perlu menjadikan keputusan parti sebagai “panduan”.

Awal pagi semalam, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan MT Umno untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa serta merta.

Menggariskan apa yang disifatkannya sebagai tujuh kegagalan Muhyiddin dalam memimpin kerajaan, Ahmad Zahid berkata seorang perdana menteri baru perlu dilantik sebelum PRU dapat dilakukan setelah negara mencapai tahap imuniti kelompok.

‘Ini bukan politik orang siuman’

Dalam pada itu Kadir berkata meskipun Umno telah memutuskan menarik sokongan, kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri sukar dipastikan.

“Buat masa ini, tidak siapa tahu kedudukan sebenar sokongan ahli Parlimen terhadapnya. Kita tidak tahu sama ada kerajaan yang ada sekarang halal, haram, harus, sunat atau makruh,” katanya lagi.

“Mana-mana orang siuman yang mengikuti perkembangan politik semasa tidak akan faham sebab politik yang sedang dimainkan sekarang bukanlah politik orang siuman.

“Ia adalah politik orang yang menjadi tidak siuman kerana gila pangkat, takut masuk penjara dan tidak mahu disiasat apabila hilang kuasa,” kata Kadir lagi.

Video:

Reaksi warga maya

Dah tak paham politik zaman sekarang ni.

Sebab pemimpin gila kuasalah yang negara jadi masalah.

pendapat dari seorang netizen.

Antara lagi pendapat netizen.

Sumber : Utusan

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*