Selepas Kapal Layar, Jutawan Vincent Tan Ajak Naik Jet Peribadi Pula? “Ini Baru Betul Geng Kayangan”

SELEPAS dibawa menaiki kapal layar mewah pada Oktober lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga sekali lagi telah menjadi tetamu Tan Sri Vincent Tan apabila berpeluang bercuti dengan menaiki jet peribadi jutawan terkenal itu.

Berkongsi perkara itu di Instagram, pemilik nama penuh Hairul Azreen Idris, 34, meluahkan perasaan teruja dan menganggap ia rezeki buat anak-anaknya.

“Perjalanan menjangkaui imaginasi.

“Sangat bertuah dijemput oleh Tan Sri Vincent dalam percutian impian ini.

“Masya-Allah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang,” jelas Hairul.

Dalam video berdurasi satu minit itu, Hairul bersama isterinya Hanis Zalikha dan dua anak mereka menerima layanan istimewa daripada ahli perniagaan terbabit.

Masya-Allah untuk rezeki anak-anak dan kami tumpang.

Rata-rata netizen juga teruja dan meninggalkan komen positif di laman sosial pasangan selebriti itu.

“Awak layak mendapatkannya kerana awak sekeluarga selalu merendah diri.

“Masya Allah, rezeki orang baik.

“Rezeki tidak pernah salah alamat,” ujar beberapa netizen.

Nak KIaim Fr.ee Shppng Sho.pee Tak? KIik Sini… https://shp.ee/mw2mqm3

Hairul dan Hanis anggap rezeki anak-anak mereka.

Pada Oktober lalu, Hairul sekeluarga berpeluang menikmati percutian atas kapal layar mewah milik jutawan berkenaan.

Pelakon filem Wira itu tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan tersebut ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu.

Terdahulu..

Selepas helikopter, Hairul Azreen diajak naik kapal layar mewah milik jutawan Vincent Tan! – “Ini baru betul-betul geng kayangan”

BUKAN sahaja bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter, malah pelakon Hairul Azreen sekeluarga turut berpeluang menikmati percutian di atas kapal layar mewah pada Ahad.

Berkongsi pengalaman itu, Hairul tidak menyangka dapat bertemu secara tidak sengaja dengan ahli perniagaan yang juga jutawan terkenal Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan.

Pelakon berusia 33 tahun meluahkan rasa teruja menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan itu.

“Saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia.

“Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady. Rezeki anak-anak,” kata Hairul.

Terdahulu, pemilik nama Hairul Azreen Idris berkongsi video dia bersama keluarganya berada di atas kapal mewah milik jutawan berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen turut teruja serta mendoakan rezeki Hairul dan keluarga sentiasa dimurahkan.

Tan Sri Vincent Tan… lepas itu dia ajak naik superyacht Asea Lady.

“Rezeki anak-anak you… celik mata dapat jumpa jutawan Malaysia. Aku hidup separuh abad pun tak dapat merasa ini semua.

“Abang Hairul sentiasa berutung dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah… semoga keluarga semua dipermudahkan.

“Ini baru betul-betul geng kayangan!” komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Netizen teruja melihat anak-anak Hairul bertemu dengan Tan Sri Vicent Tan.

Sebelum ini, percutian Hairul bersama isterinya, Hanis Zalikha dan dua orang anaknya ke Pulau Redang, Terengganu menaiki helikopter perhatian netizen.

Pelakon itu turut dipuji kerana sanggup berbelanja besar demi memastikan keselamatan isteri dan anak-anaknya.

Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar, 4 dan Alisa Aisyah, 2.

Sumber/Kredit:mstar via citermaya

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*