Viral Abang Mee Kuah Daging Kena Halau, Baru 3Minggu Niaga

BALIK PULAU – Ada banyak peniaga di tepi jalan yang menjadi jutawan senyap, atau memperoleh pendapatan yang lumayan, cumanya dengan berniaga di kaki-kaki lima sahaja.

Tetapi semalam telah tular satu kes di mana seorang peniaga tepi jalan bernama Ashraff Effendy yang baru berniaga 3 minggu di sebuah lokasi di Kampung Terang Balik Pulau telah menerima masej dari orang yang tidak dikenalinya melalui Whatsapp.

“ALLAHUAKHBAR…baru nak maju meniaga ada hamba Allah ni nak tutup periuk nasi org, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni, semoga Allah beri kekuatan kepada aku.. aminn.

Kepada saudara/saudari, saya tak tahu siapa anda, mungkin dapat nombor saya drpd fb…saya cuma terkilan, kenapa selepas 3 minggu saya meniaga baru tiba2 nak cakap, kenapa tak cakap daripada hari pertama atau minggu pertama, lepas tu kenapa tak nak berbincang untuk sama2 berniaga buat khemah sebelah2.

Saya dah tanya org2 kat situ, tempat tu mmg dah kosong lama dah. Kesimpulannnya saudara/saudari mmg tak nak saya berniaga di situ kan?, pada yg msg sy tu, semoga hidup awk bahagia dgn apa awk dah buat pada orang, Tak pe lah, mungkin Allah nak ganti yang lebih baik daripada ni.. InsyaAllah Aaminn.”

Di bawah adalah tangkap layar komunikasi antara Ashraff Effendy dengan orang yang tidak dikenalinya itu.

Sebelum ini jual burger, tapi sekarang nak jual roti john.

katanya bukan niat nak kacau rezeki tetapi sebelum ini memang dia berniaga di situ.

Dulu tutup perniagaan burger sebab tak berapa nak laku.

Macam mana sekalipun dia nak juga tapak tu dalam minggu ni.

Dia suruh Ashraff Effendy duduk tempat lain kerana dia nak tapak itu juga.

Dia yang memula cari rezeki kat tempat itu katanya.

Dia masih suruh Ashraff Effendy cari tempat lain juga.

Di ajak suruh duduk sebelah-sebelah masih tak nak

Dia taknak cakap banyak dan masih mahu berkeras mahukan tapak lama.

Cuba cakap cara elok tetapi masih mahukan tapak lama juga.

Walaubagaimanapun hari ini difahamkan kedua belah pihak telah berbaik semula dan telah menyelesaikan masalah antara mereka. Difahamkan selepas di tularkan kes mereka, tuan tapak lama telah meminta maaf dan membenarkan kembali Ashraff Effendy berniaga.

“Assalamualaikum… Sahabat2 acap semua, msg byk masuk utk order, maaf sgt2 kalau x terbalas msg, atau terlepas pandag msg2 sahabat2 semua, cod utk hr ni hingga hr Sabtu dah penuh…Ahad saya akan cuti, Isnin Inshallah sy akan buka semula di tapak yg sama tepi balai Bomba kg terang. Utk pengetahuan sahabat2 semua, acap dah berbaik dgn adik tu, dah selesai antara kami, harap sahabat2 semua doakan yg baik2 utk kami, semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dlm mencari rezeki..ameen”

Tangkap layar masej minta maaf.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*