Viral Rakaman Banjlr KiIat Dan Aliran Lumpur Yang Sangat Besar Kali Pertama Berlaku Di Kedah

Banjir kilat dI Kedah dirakamkan akibat banjir yg dikatakan jarang- jarang berlaku di beberapa kawasan di Merbok, Yan, Singkir dan beberapa tempat lain di negeri Kedah hari ini. Ini disebabkan akibat hujan yg terlalu lebat. Info awal mengatakan inilah kali pertama mereka dilanda banjir kilat dan aliran lumpur sebesar ini. Moga penduduk di sana tabah dgn dugaan ini.

mengikut penduduk setempat, mereka mula merasa pelik apabila air terus membuak-buak turun dari gunung.

Kepala air landa kaki Gunung Jerai, akibatkan kerosakan, banyak kawasan banjir

YAN: Lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai selain banyak taman perumahan di sekitar bandar Yan dan Gurun dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi.

Pengerusi Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (Rekey), Mohammad Firdaus Mohmad, 36, yang tinggal di kawasan itu, berkata kejadian berlaku dengan pantas dan tidak dijangka.

“Dari pagi hujan lebat di atas Gunung Jerai, namun di bawah ini hujan tidak begitu lebat.

“Secara tiba-tiba, dalam pukul 3 petang, kepala air berlaku di kawasan air terjun termasuk di Pusat Peranginan Seri Perigi. Air sangat kuat dan deras, sehingga merosakkan kawasan itu.

“Kampung yang berada di kaki Gunung Jerai juga dinaiki air. Paling teruk yang berdekatan sungai. Malah pekan Yan turut dilanda banjir. Ini kerana lokasinya yang terletak di tepi laut.

‚ÄúParas air laut pula kebetulan ketika ini agak tinggi atau digelar air mati. Jadi ia menyebabkan banjir lambat surut,‚ÄĚ katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka menerima banyak laporan dan sedang menjalankan operasi.

Rakaman Yang Tular:

Antara komen netizen

Semoga dipermudahkan urusan penduduk di sana

Video:

Terima kasih kerana sudi membaca!

SUMBER/KREDIT : infonewstoday via awani

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*