Viral Rakaman Ask4r Jumpa Budak Terapung Seorang Diri di Tengah Laut Lebih 3Jam, Dipercayai Terjatuhh Dari ‘Speedbot’

Viral berkenaan satu rakaman yang memaparkan tentera Indonesia selamatkan seorang kanak-kanak terapung di tengah laut selama 3 jam.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kepulaun Seribu, Indonesia pada Jumaat (18/6/2021).

Komander Jeneral Angkatan Laut Indonesia, Nanang Khunaifi menyatakan bahawa kanak-kanak itu kali pertama ditemui ketika pihaknya sedang melakukan rondaan.

“Sekitar jam 8.30 waktu tempatan, KRI Sembilang-850, yang melakukan rondaan keselamatan marin di perairan Pulau Laki Barat Laut, melalui penyelianya melihat kontak visual objek terapung di haluan lambung kiri pada jarak 100 meter. Setelah mendekati kira-kira jarak 50 meter, sosok seseorang kelihatan sedang terapung,” jelasnya.

Komander KRI SBL-850 kemudiannya telah menghantar sejumlah pasukan dan bot penyelamat untuk melakukan penyelamatan dan evakuasi.

“Kanak-kanak itu berusaha untuk mempertahankan daya apungnya, berenang tanpa hala tuju kerana dia tidak tahu di mana daratan. Pasukan penyelamat membawanya naik ke dalam bot penyelamat dan seterusnya membawanya ke KRI Sembilang-850 untuk pertolongan cemas,” kata Mejar Nanang.

Ketika disoal, diketahui bahawa kanak-kanak tersebut bernama Ridho Ilhami berusia 14 tahun dan merupakan seorang pelajar yang berasal dari Pulau Harapan Kepulauan Seribu.

Menurut keterangannya, ketika dia sedang menaiki feri (laju) dari Kronjo Banten untuk kembali ke Pulau harapan, dia telah terjatuh dalam perjalanan dan berusaha untuk terapung selama 3 jam tanpa hala tuju.

“Mangsa telah dibawa ke Pos Tentera Laut Untung Jawa (Posal) di mana dia kemudiannya disatukan dengan keluarganya semula,” ujarnya

Antara Komenn Komen Warga Maya

berani dan kuat awk ni dik

SumberTribun-Timur.com via SK

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*