Viral Rakaman lndividu Dkwa Terima Suntikan Vaksin ‘Kosong’ “Saya Dimarahi Kerana Rakam Video”

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat laporan polis mendakwa dia telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’.

Menurut Utusan, laporan polis yang telah dimuat naik dan tular di media sosial itu mengatakan yang lelaki tersebut telah pergi ke Hospital Banting, Kuala Langat untuk mendapatkan suntikan,

Individu ini telah mendapat suntikan pada jam 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan dijalankan.

Namun selepas proses tersebut selesai, lelaki ini menonton semula video yang dirakamkan dan mendapati pihak yang bertugas tak menekan jarum suntikan tersebut.

Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu hanya suntikan kosong yang tidak mempunyai apa-apa vaksin.”

Bagi mendapatkan kepastian, individu ini telah pergi kepada pihak yang terlibat dan menunjukkan rakaman video tersebut namun pihak itu mendakwa suntikan vaksin telah pun diberikan.

TANGKAP layar daripada video berdurasi 17 saat yang tular kononnya menunjukkan individu menerima suntikan vaksin kosong.

Tak berpuas hati, lelaki ini telah mendapatkan pandangan kedua dari rakannya yang bertugas sebagai seorang doktor.

Saya kembali semua kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntikan yang diberikan adalah kosong.

Selepas mereka memarahi saya kerana merakam video, mereka berikan saya suntikan sekali lagi dan meminta saya memadam video berkenaan sebelum menerima vaksin.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata pihaknya telah pun menerima laporan mengenai insiden tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Rakaman Yang Tular

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*