Kekasih Gelap Tagih Hutang, Viral Rakaman Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil H0teI?

Nampaknya k0ntroversi seorang pelawak terkenal dengan seorang wanita dipercayai kekasih gelapnya kembali menjadi perhatian netizen susulan tlndakan wanita itu memuat naik beberapa video pelawak itu di dalam sebuah bilik hotel.

Dalam kapsyen yang disertakan oleh Farah menerusi Instagram peribadinya f.zzatys sebelum ini, dia ada memberi amaran mengenai seseorang untuk memuat naik satu video susulan tindakan individu tersebut tidak membayar duitnya.

Tak lama selepas itu, dua video menunjukan sosok tubuh seorang lelaki telah dimuat naik olehnya dengan menunjukan satu perbualan mesej bersama seseorang.

Dalam kapsyen yang disertakan, Farah memberitahu individu tersebut meminjam wang daripadanya dan ini balasan atas segala pengkhianatan, fitnah dan hutang. Dia juga menegaskan tidak akan menghalalkan serta memaafkan semuanya.

Tambahnya lagi, dia meminta agar lelaki tersebut berhenti untuk mempermalukannya kepada seorang lagi wanita semata-mata hanya ingin menutupi kesalahannya.

Dalam pada itu, dia juga telah menyertakan sekali semua bukti panggilan tidak berjawab oleh lelaki terebut setelah lama bersabar dengan kerenahnya.

Siapa yang berhutang pulak ni?

Menurut Farah, sudah lama dia bersabar dan sempat memberi amaran agar individu berkenaan membayar hutang-hutangnya sebelum lebih banyak video atau gambar tersebar di media sosial.

Sementara itu, isteri kepada pelawak itu tampil memberikan respon berhubung isu tersebut.

Ujar Rossa, sekarang orang ramai sudah pastinya tahu ā€˜mengapaā€™ suaminya bertahan selama ini dan pada masa yang sama, dia meluahkan rasa kecewa terhadap wanita tersebut yang seolah-olah membuka aib sendiri.

Buka aib sendiri

ā€œAlhamdulillah akhirnya sekarang orang tahu dah kan kenapa Shuk bertahan? Video lama-lama yang disimpan lama, masa main sama-sama semua. Sebab tu aku bertahan jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka. Duit apa tu? Duit sewa kereta Honda ke? Bayar duit hotel uols ke? Kata semalam terima kasih cinta untuk segalanya,ā€ ujarnya.

Menerusi Instastory yang dimuat naik oleh wanita tersebut, menjelaskan ramai pihak yang memintanya untuk memadam video tersebut yang memaparkan seorang lelaki yang hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik di hotel.

Pada masa yang sama, dia turut memuat naik beberapa perbualan mesej yang didakwa dihantar oleh pelawak tersebut dan pelawak itu memintanya supaya menerima keluarganya dengan sebaik mungkin.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga memintanya untuk melupakan dendamnya selama ini dan memperbetulkan keadaan seperti sedia kala.

ā€œOrang salahkan aku kata aku terhegeh? Kata aku macam-macam. kejap bunuh diri lah, kejap turun balcony jam 3 pagi. Aku penat dah. Sebab aku selalu kena blame sedangkan sana u please u.

ā€œDear ****, kejap tau. Sebab **** pernah sebut sumpah cerai talak 3 dalam text. Ni tengah dapatkan balik text tu. Jangan happy sangat my lady. Am so tired,ā€ ujarnya.

Dah turunkan video

Tak lama selepas itu, Farah Saleh telah memuat naik satu lagi IG story dengan memaklumkan video tersebut sudah dibuang dari feed IG kerana dinasihati oleh orang ramai.

Namun dia tetap berkeras ingin mengambil tindakan selepas ini.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada mana-mana pihak berkenaan isu berkenaan.

Terdahulu, kontroversi antara wanita tersebut dengan seorang pelawak terkenal telah menjadi soroton ramai orang kerana didakwa berlaku curang berulang-ulang kali sehingga ramai yang muak dengan kisah rumah tangga selebriti tersbeut.

SUMBER/KREDIT: IGĀ f.zzatys,Ā rossa.sera

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*