Selepas Viral Rakaman ‘Sambut Hari Bapa Lggar SOP’, 11 Orang Geng Kongsi Gelap Akhirnya Dicekup!

Video ada disediakan di akhir artikel

Gara-gara video menyambut Hari Bapa viral di media sosial, 11 individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kongsi gelap iaitu Geng 35, ditahan polis di Kulim, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, video berdurasi 44 saat di Tik Tok yang menunjukkan seorang lelaki memotong kek merah kuning dengan nombor 35, dikesan oleh pihaknya sebelum membuat tangkapan secara berperingkat terhadap sspek bermula jam 10 malam tadi.

“Hasil risikan yang dilakukan mendapati, kejadian berlaku di salah sebuah rumah sspek yang meraikan sambutan Hari Bapa. Kesemua individu berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang turut serta dalam sambutan majlis itu.

“Bagaimanapun polis percaya kesemua yang ditahan itu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap Geng 35 dan beberapa rampasan seperti telefon bimbit serta cincin dibuat untuk membantu siasatan.

“Dalam video itu juga, didapati 15 individu berkumpul dalam sebuah rumah tanpa penjarakan fizikal. Ianya jelas melanggar Peraturan-Peraturan Pencecgahan Dan Pengawalan Penyakit Berjngkit 2021 dan laporan polis dibuat sejurus selepas itu.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021,” katanya.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN:Ā PihakĀ Kualalumpur ViralĀ Ā tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. PihakĀ Kualalumpur ViralĀ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*