Viral Rakaman Video Lelaki Terima Suntikan Vaksin ‘Kosong’, Ini Respon Jabatan Kesihatan Selangor

Viral kes di mana seorang lelaki telah pergi Hospital Banting dan mendakwa dia telah menerima suntikan jenis Pfizer ‘kosong’. Individu yang mendapat suntikan pada jam 11.30 pagi itu menyedari perkara itu selepas dia menonton semula video dirakamnya dan mendapati pihak petugas tidak menekan jarum suntikan.

Dia kemudian membuat laporan polis dan difahamkan telah kembali kepada pihak berkenaan dan selepas dimarahi kerana merakam video, dia telah diberikan suntikan sekali lagi.

Mereka berikan saya suntikan sekali lagi dan meminta saya memadam video berkenaan sebelum menerima vaksin.”

TANGKAP layar daripada video berdurasi 17 saat yang tular kononnya menunjukkan individu menerima suntikan vaksin kosong.

“Mustahil berlakunya penyuntikan tanpa vaksin” – Jabatan Kesihatan Selangor

Melalui kenyataan media, Jabatan Kesihatan Selangor berkata agak mustahil penerima diberikan suntikan tanpa vaksin seperti yang ditularkan lelaki tersebut.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, pusat pemberian vaksin (PPV) sentiasa memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Penyelarasan di peringkat hospital secara holistik juga telah diambil serta pemantauan berterusan dilakukan di peringkat pengurusan tertinggi hospital.

Pihak hospital ingin menegaskan bahawa program pemberian vaksin sentiasa dijalankan mengikut kaedah terbaik yang ditentukan oleh pihak KKM malah penambahbaikan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa pada tahap optimum..”

Berdasarkan kenyataan dimuat naik di Facebook itu, beberapa perkara ditekankan iaitu pemberi vaksin yang terlibat dipastikan terdiri daripada kakitangan yang bertauliah dan terlatih serta telah dilantik secara rasmi oleh jabatan.

Penyedia vaksin akan membuat persiapan vaksin dan menyedut vaksin ke dalam picagari khas mengikut sukatan yang ditentukan dan menyerahkannya kepada vaksinator atau meletakkannya di dalam wadah khas yang berdekatan dengan vaksinator.”

Sebelum vaksin disuntik, vaksinator bertanggungjawab memastikan jenis vaksin yang akan diberikan kepada penerima berdasarkan tagging yang dibuat semasa proses pendaftaran.”

Katanya lagi, mengikut prosedur selepas suntikan diberikan, picagari kosong akan dibuang ke dalam sharp bin (bekas alatan tajam) yang terletak berdekatan vaksinator.

Dengan pematuhan terhadap langkah-langkah di atas, adalah agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima.”

Rakaman Yang Tular

Sumber/Kredit: FB JKS via lobak merah

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*