Viral Usahawan Tawar Jentolak Untuk Bantu Operasi Musnahkan Kebun Durian Haram

TEMERLOH – Seorang usahawan dari Kuala Krai, Kelantan menawarkan jentolak miliknya untuk membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi ᴍᴇᴍᴜꜱɴᴀʜᴋᴀɴ kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Ali Omar, 34, menawarkan menggunakan enam jentolak miliknya secara percuma untuk membantu anggota penguat kuasa jabatan itu dengan memuat naik status berkenaan perkara itu di Facebooknya pada Selasa sebelum ia viral.

Menurutnya, dia berhasrat untuk membantu anggota terlibat dalam operasi tersebut.

“Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.

“Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota,” katanya ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.

Ali bersama sebahagian jentolak miliknya yang sanggup dihantar ke Raub untuk membantu anggota JPNP.

Ujarnya, jika khidmat jentolak miliknya diterima, dia akan segera melakukan penghantaran jentera terbabit ke lokasi kejadian.

“Saya telah berhubung dengan pegawai jabatan dan nampaknya ada maklum balas positif.

“Jadi saya berharap dengan penggunaan jentolak terbabit dapat membantu pihak jabatan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ali menyokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri Pahang membanteras peneroka haram yang telah banyak menikmati keuntungan menerusi jualan durian musang king selama ini.

“Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan beliau untuk mewarkan jentolaknya.

Reaksi warga maya

Semoga dipermudahkan urusan

tolak sekali kat orang yang bagi kebenaran ceroboh tu.

Tanam hutan balik kasi hijau.

Ada yang nak support duit minyak.

Sumber/Kredit: NEWS AGENCY

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*