
Tiada angin tiada ribut, nama Shuk Sahar menjadi sebutan lagi apabila terpalit kontroversi baru. Walaupun sudah bahagia semula bersama isteri dan anak-anak, namun kali ini wanita yang pernah didakwa sebagai skandalnya menuntut kembali sejumlah hutang.
Kepada yang berkenaan…sila bayar duit saya dengan segera
Menerusi Instagramnya, Fara Saleh telah memuat naik klip video ‘panas’ memaparkan seorang lelaki tidak berbaju mirip pelawak tersebut di media sosialnya. Selain rakaman dipercayai di dalam sebuah bilik hotel itu, wanita berkenaan juga berkata tidak akan memaafkan Shuk selain berharap henti burukkannya di mata isteri, Sera.
Ni bukan meroyan, tapi sebab pengkhianatan….Even isteri kau tak tau apa kejadian sebenar
Menerusi satu lagi posting panjang pula, Fara Saleh mendedahkan beberapa rahsia serta mendakwa ‘dipergunakan’ oleh pelawak tersebut untuk kepentingan sendiri. Ujarnya lagi, perkara ini dibuat gara-gara tidak tahan lagi dihina, difitnah serta diugut oleh Shuk. Selain mahu kehidupan bebas seperti orang lain, wanita itu turut berharap Shuk mendapat balasan setimpal terhadap segala perlakuannya selama ini.
Akhirnya sekarang semua dah tahu kenapa Shuk bertahan? Sebab itu saya jaga nama baik kamu, akhirnya kamu juga yang buka aib
Walau bagaimanapun, pelawak dan pengacara sensasi tersebut terus menafikan video kontroversi terbabit sambil mendakwa ia bukan terjadi baru-baru ini. Menerusi IG Story miliknya, berkata, ‘tindakan berani’ itu dianggap hanya sebagai bentuk promosi wanita terbabit dirinya yang kini sudah kehilangan mata pencarian. Sera pula tidak menyangka apabila perkara yang selama ini menjadi rahsia antara mereka, akhirnya dibuka sendiri oleh Fara. Dia juga mempersoalkan duit yang diminta wanita berkenaan hingga tergamak sanggup membuka segala kisah silamnya dengan Shuk.
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) August 1, 2021
— KakiDramaTV (@KakiDramaTV1) August 1, 2021
SUMBER/KREDIT: IG f.zzatys, rossa.sera & shuk_sahar
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.
Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply