Wanita Ralat Lihat Hasil Buruk Selepas Berhabis Bayar Kek 3Tingkat Berharga RM10K??

Sebelum menyambut ketibaan ahli keluarga baru, ramai pasangan suami isteri suka mengadakan majlis gender reveal sebagai satu kejutan. Kebiasaannya/ jantina bayi yang akan dilahirkan akan diketahui dalam acara ini melalui pelbagai gimik kreatif termasuklah memecahkan belon.

Buat majlis ge’nder reveal sebelum sambut cahaya mata baru…Tempah sebiji kek 3 tingkat

Tidak ketinggalan, seorang usahawan bernama Cek Yana turut mengadakan majlis gender reveal untuk kehadiran cahaya mata yang baru. Dengan niat menjadikan acara itu cukup istimewa, wanita berkenaan turut menempah sebiji kek 3 tingkat dengan reka bentuk yang diinginkan.

@cekyanaofficial😔😔kecewa mcmni korg tgk live ckyna♬ Are you ok? – 龙|•Aѕтяσ乙

Tapi kecewa dapat hasil tak seperti yang dibayangkan…Padahal dah spend dekat RM10 ribu

Walau bagaimanapun, Cek Yana ternyata cukup kecewa kerana kek yang diterimanya boleh dikatakan indah khabar daripada rupa. Hasil kerja yang dilakukan seperti tidak kemas malah isinya juga seperti rapuh apabila dipotong. Lebih ralat lagi, ia seakan-akan satu pembaziran memandangkan dia telah membelanjakan hampir RM10 ribu untuk kejutan berkenaan.

@cekyanaofficialso frust 😭 .. inshaaAllah ckyna doakan smga mncurah curah rezeki 😊🤲🏻 .. Tahniah yang teka btl jantina baby #fyp #fypmalaysia♬ reckless – Madison Beer

Mungkin krim dia import dari Itali, gula aising dari Ohio…Lepas makan tu agak-agak keluar emas tak?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan harga mahal kek berkenaan. Malah ramai juga yang merasakan Cek Yana seperti sudah ditipu oleh peniaga makanan tersebut apabila meletakkan harga tidak sepadan dengan hasilnya.

SUMBER/KREDIT : TkT0k Cek Yana Official via kis4hdunia

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*