Wartawan Tanya Pasal Rentas Negeri? Jawapan Sp0ntan Khary Jamaluddin Buat Ramai Tergelak

Putrajaya: Lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur o.perasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri.

Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Kes.elamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian r.isiko Kementerian Kes.ihatan.

Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin ketika mengesahkan perkara itu menjelaskan perbincangan berhubung kelonggaran prosedur o.perasi standard (SOP) giat dibuat, bersandarkan fakta sains dan petunjuk semasa.

Selain itu, katanya, kerajaan bertekad untuk meningkatkan kadar pemberian v.aksin di negeri-negeri tertentu yang masih merekodkan liputan di bawah paras 60 peratus seperti Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Johor, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

Justeru, kata beliau, rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Saya sudah bincang perkara ini pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu dengan DG Ketua Pengarah Kes.ihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan kita sudah p.utuskan beberapa siri cadangan.

“Ia akan dibentangkan dalam sidang Majlis Kes.elamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. Ada harapan untuk rentas negeri, cuma saya minta sabar sekejap lagi, sikit saja masa lagi.

“Ini kerana kita semua maklum bahawa pembukaan sempadan negeri untuk pergerakan, bakal mengundang r.isiko, justeru berikan kita tempoh sikit lagi.

“Ada beberapa negeri yang nilai ambang v.aksinasi masih rendah, justeru menjelang September semua negeri akan capai liputan dos v.aksin lengkap dalam kalangan individu dewasa sebanyak 60 peratus,” katanya pada sidang media, hari ini.

“You nak pergi mana”-KJ

Seorang wartawan bertanyakan kepada KJ sama ada dalam SOP terbaru mengenai kelonggaran untuk individu lengkap vaksinasi untuk pergi ke sesebuah lokasi

Jawapan spontan di berikan KJ kepada wartawan di situ buat ramai tergelak

SUMBER/KREDIT : satkoba viral

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*