Penceramah Ini ‘Sedih’ BiIa TuIar Vide0 Anak Murid Jawab Ayah Dia Masak Ketum Bila Ditanya ‘Ayah Masak Apa di Rumah’

Sudah menjadi ‘trend‘ pada hari ini, asal ada perkara yang dianggap menarik, mesti akan dirakam kemudian ditularkan ke media sosial.

Tambahan pula, kewujudan pelbagai aplikasi seperti TikTok, Instagram dan sebagainya yang rancak seperti cendawan tumbuh selepas hujan menambahkan lagi ‘keinginan’ mereka untuk masing-masing menjadi terkenal di dalam skrin.

Namun, di sebalik rasa gembira membuat sesuatu perkara yang tular, kadangkala kita terlupa bahawa perlakuan itu sungguh mengaibkan, apatah lagi jika melibatkan individu lain.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang anak murid menjawab persoalan cikgu di dalam kelas tentang ayah masak apa di rumah.

Tanpa berfikir panjang, seorang murid ini menjawab dengan jelas, “Ayah saya masak ketum,”.

Mungkin jawapan tersebut nampak kelakar, maka video tersebut tular dan menjadi tontonan umum oleh ribuan pengguna media sosial.

Bagaimanapun, tanpa disedari perakam tersebut, video berkenaan yang menjadi tular dikatakan merupakan satu bentuk pembulian siber dan boleh memudaratkan kanak-kanak berkenaan.

Ikuti pandangan dan ulasan yang dikemukakan oleh individu yang terkenal dengan nama ‘tukang ceramah budak sekolah‘, saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi di bawah ini.

Ada followers share pada saya video ini.

Cikgu ini bertanya, siapa di sini ayah masak di rumah. Maka, gadis kecil ini angkatlah tangan dan menjawab,

“Ayah saya masak ketum.”

Guru berkenaan menahan tawa. Murid lain di dalam kelas gelak besar.

Sedih saya.

“ayah saya air masak ketum” 🤣🤣🤣

Hawa ni buat kantoilah… bapaknya pun cover line la sikit dengan anak..

Posted by MC Studio on Tuesday, August 18, 2020

Bukan sedih dengan jawapan kanak-kanak itu, tapi sedih mengenangkan sikap guru berkenaan yang merakam video hingga ia tersebar di media sosial.

Ini satu bentuk pembulian!
Mana etika anda sebagai seorang guru? Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini?

Kawan budak ini akan mengata. Ejek setiap hari. Pembulian berlaku, lagi dan lagi. Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.

Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid!

Saya harap pihak Kementerian Pendidikan ambil tindakan.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Kesiannya ank ni…dia sendiri tak tahu air ketum tu apa…sebab tu dia rasa bapanya memang rajin masak…Cikgu sepatutnya tak perlu guna hp waktu belajar…mana etika sebagai guru Sedih tengok keadaan ank ni…Semoga ank ni berjaya menjadi ank yang solehah…amin

“cikgu zmn sekarang..klau dulu nak tgk cg pgg phone dlm kelas ckup susah..semua fokus nak didik ank murid smpai berjaya

“Zaman skarng biasa la amik video pastu sebar..mngkin cikgu tu x berniat nk malukan.. mngkin cuma x trfikir apa kesannya pda budak tu.. knp plak nk malu ayah rebus ketum? Bdak2 umur cmikn jjur..mne pndai nk mnipu… Jgn kecam sgt.. stiap mnusia ada wt silap dan stiap mnusia juga boleh menegur… Cikgu tu pun berbakti pada ank murid..ingt tu..

Kredit: Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Sumber : Awattt Syeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*