Belum Selesai Isu Dengan Restoren 35, Muncul Pula Video Baru Eira Aziera Dan Kali Ini Lagi Teruk Dari Restoren 35

Ramai yang sebelum ini tidak kenal siapa Eira Aziera tapi selepas viral video dimana dia dikatakan dihalau dan di’ma-ki’ oleh pemilik Restoren 35 terus Eira menjadi popular.

Sebelum video Restoren 35 tular pengikut beliau sudah pun melebihi 500 ribu follower dan kali ini follower dia makin bertambah.

Usahawan kosmetik berusia 37 tahun itu memberitahu, dia sememangnya berpengalaman membuat reviu produk dalam membantu peniaga-peniaga tempatan secara dalam talian.

Tiba-tiba sahaja pemilik restoran berkenaan meninggikan suara kerana tidak membenarkan Eira membuat reviu produk dan menyarankan mereka hanya boleh makan dan kemudian pulang.

“ Buat reviu produk ni boleh online di mana-mana, janji live. Masa tu saya bersama kira-kira 10 pengikut saya ada sekali nak makan di kedai tu.

“Bukanlah suara saya kuat, tapi bila dah ramai tu, suasana jadi riuh sedikit sebab masing-masing dapat berkumpul bersama.

“ Tapi tak sangka pula masa menunggu makanan sampai, pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha kedai makan menengking saya dari jauh,” katanya kepada mStar.

Malu selepas ditengking, usahawan tersebut bertindak mengajak ahli kumpulannya untuk meninggalkan premis tersebut.

“ Masa tu, ada lebih 10,000 followers mengikuti live saya dan mereka dapat dengar saya ditengking oleh pakcik dan makcik tu. Saya malu dan ambil keputusan angkat kaki.

EIRA AZIERA ‘MAKI’ DALAM LIVE

Hari ini muncul satu video dimana Eira Aziera tidak mengawal kesabaran dan mula menggunakan bahasa kesat ketika dalam LIVE.

Video tersebut dikatakan video lama yang telah disunting.

Video ini dari Facebook Makcik Bawang Channel

Kiriman follower MB, tengoklah cara dia maki follower dan body shaming follower, maki badan follower gemuk babi kuning sampai tunjuk gambar anak beranak tak bertapis

Padahal follower tu bertanya tanpa mencarut dan maybe influncer ni sentap sampai memaki hamun, mencarut dan tak boleh nak handle emosi serta percakapan

Inilah Melayu kebanggaan tuan puan sekalian, moga mendapat hidayah Allah swt. – Makcik Bawang Channel

Kiriman follower MB, tengoklah cara dia maki follower dan body shaming follower, maki badan follower gemuk babi kuning sampai tunjuk gambar anak beranak tak bertapis Padahal follower tu bertanya tanpa mencarut dan maybe influncer ni sentap sampai memaki hamun, mencarut dan tak boleh nak handle emosi serta percakapanInilah Melayu kebanggaan tuan puan sekalian, moga mendapat hidayah Allah swt.

Posted by Makcik Bawang Channel on Sunday, September 13, 2020

Netizen tidak berpuas hati dan ada yang terkejut melihat Eira Aziera seperti tiada adab dengan memaki hamun orang di dalam LIVE. Lebih menyedihkan apabila Eira buat body shamming dan memperendahkan orang di dalam LIVE.

KOMEN NETIZEN

ADA YANG KECEWA BILA LIHAT EIRA AZIERA ..

Jika dilihat video tersebut punca kenapa Eira Aziera hilang sabar sehingga mengamuk didalam LIVE adalah kerana dia telah diprovoke ketika sedang promote produk.

Tetapi sebagai seorang usahawan atau influencer, kata kata kesat harus dielakkan

Tiada apa apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Eira Aziera mengenai video yang tular ini. Tapi peringatan untuk semua, video ini telah disunting. Punca Eira Aziera marah kita tidak tahu.

KREDIT : AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*