
Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik.
Dalam satu video yang tersebar di laman-laman media sosial hari ini, beliau yang juga dikenali sebagai Asri Janggut berkata, kebanyakan daripada pegawai polis hari ini tidak menjaga solat dan menghisap rokok.
“ Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang.
“ Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak? Bila terakhir sembahyang subuh bawa isteri(berjemaah) subuh?
“ Pernah tak tanya anak apa itu (khalimah) syahadah, benda(perkara merupakan) kunci (agama),” katanya ketika menghadiri satu forum anjuran Persatuan Pengguna Islam (PPIM).
Terdahulu, Asri pada Sabtu baru ini memuatnaik tiga siaran langsung di Facebook mengenai kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh.
Kebanyakan polis tak jaga solat kata Asri
Posted by Suara.TV on Tuesday, August 11, 2020
Melalui siaran tersebut, dia turut mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.
Rentetan itu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar mengadakan satu sidang akhbar tergempar, sambil manafikan dakwaan tersebut.
Shafa’aton turut berkata akan memanggil Mohd Asri bagi membantu siasatan kerana mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Pihak polis juga telah membuat satu laporan polis bagi menafikan kewujudan beberapa premis judi di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang didedahkan Asri itu.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, memaklumkan langkah itu adalah tindakan biasa bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan yang dibuatnya.
Jelas beliau, dalam masa yang sama tindakan dan siasatan juga boleh diambil ke atas polis yang mungkin terbabit.
KREDIT: Suara TV / Jemputbaca
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih!
Leave a Reply