‘Logik Tak Menang Beratus Ribu, Tapi Dlm Akaun Arwh Tnggal Banyak Itu Jer?’ Ali Terus Jawab Mana Pergi Semua Duit Abam

Demikian soalan wartawan kepada Ali Puteh semasa dia mengadakan sidang media memberi penjelasan berhubung isu berbalas saman dengan kakak iparnya, Hidayah.

” Ada yang tertanya-tanya arwh Abam adalah seorang artis popular, menang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015, jadi kenapa dalam akaun arwh ada sebanyak itu sahaja. mana pergi semua duit arwh?”

Sehubungan itu, Ali telah menjelaskan satu persatu berkenaan duit simpanan dalam akaun bank arwh Abam yang mungkin mengejutkan ramai.

Menang beratus ribu tapi dalam akaun bank tinggal banyak tu jer? Rupanya..

” Okay dekat sini saya ulang balik, dalam akaun Maybank ada RM56 ribu (selepas pengeluaran RM10 ribu) dan dalam akaun Affin Bank RM 28 ribu.

” Logik tak sebagai seorang artis terkenal, yang cukup dikenali, yang menang anugerah Maharaja Lawak Mega, boleh dikategorikan duduk belang tiang pun orang tahu itu Abam Bocey, tapi ada duit simpanan banyak ini.

” Inilah yang dikatakan saham akhirat. Arwh adalah seorang yang sangat suka menderma. Cuma dia menderma dia tak hebahkan

” Itu sebab saya pernah tanya dia, bang duit kau dalam akaun cukup tak ni? Dia jawab cukup aku belanja dengan mak, cukup untuk aku belanja dengan anak isteri.

” Ibarat kata cukuplah banyak itu, tak perlu banyak pun..cukuplah untuk dia buat belanja katanya.

” Sebab banyak duit dia sudah agihkan untuk saham akhirat dia..rumah bantuan sana, rumah bantuan sini..

” Cuma dia je tak perlu buat video rekod untuk hebohkan..takde itu bukan arwah Abam.

” Malah selepas dia meninggI pun ramai yang keluar (individu tidak dikenali) tiba-tiba muncul beritahu arwh Abam ada bantu..arwh Abam ada bantu.

” Alhamdulillah itu saham akhirat dia. Tapi janganlah buat tuduhan yang saya makan harta berjuta-juta (duit Abam).

Tiada isu Ali makan harta Abam

” Inilah duit arwh Abam yang ada, yang selama ini saya biarkan, yang orang duk cakap saya duk kejar-kejar (harta)..inilah dia duit arwh Abam yang ada sebenarnya” kata Ali lagi.

Kemudian wartawan turut bertanya ketika akaun arwh Abam sudah dibekukan semasa faraid dibuat, maksudnya tiada langsung isu Ali makan duit.

” Saya rasa pada hari kelima saya ambil kad bank itu, semua duit dalam akaun itu kita sudah beku. Bukan untuk apa, tapi untuk memudahkan urusan faraid.

” Bila lambat urusan faraid jadi beginilah, yang ambil duit itu, yang keluarkan duit itu kita tak tahu..jadi kita nak kumpul untuk urusan faraid itu susah.

” Jadi sekarang tengah nak urus faraid, timbul pulak isu saman..” kata Ali

Kredit : LAWAK SIOT

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*