‘Saya Beri 2/100 Dari Sudut Kematangan dan 60/100 Sebab GiIa ViraI’ – Khir Rahman

Pelakon Khir Rahman menyifatkan tindakan penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang.

Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi.

“ Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi.

“ 60/100 daripada sudut gila viral,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

Jangan lupa saksikan 12 bintang Big Stage 2020 beraksi di konsert minggu kedua pada Ahad ini.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

“Sepatutnya Saya Nak Beri Dia Kosong” – Adili Nyanyian Dengan Betul, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen

Juri tetap Big Stage 2020 (BS2020) Ajai menegaskan sepatutnya bintang Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang ketika konsert pertama BS2020 sebentar tadi.

Menurut Ajai, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi.

“  Sepatutnya saya nak beri markah 0 kerana pada saya itu sudah melihatkan ABRSM, satu ujian pendengaran muzik. Kalau kita pergi exam tu, salah sikit je katakan out of tune, anda akan gagal semuanya.

“Apa yang saya nak tunjukkan di sini adalah cara yang betul kita adili dalam nyanyian. Saya taknak cakap dia pekak nada sebab kadang-kadang ketakutan atas pentas membuatkan kita habis semua.

“ Jadi, too bad benda tu terjadi pada dia hari ini. Mungkin minggu depan dia akan belajar. Why not dari zero kepada hero?

“ Jangan jadikan markah kosong tu sebagai benda yang boleh menjatuhkan kerana ia boleh menjadi pemberi semangat pada dia dan saya nak tengok betul tak dia bukan pekak nada minggu depan,” jelas Ajai kepada Gempak.

Ajai ditemui selepas konsert pertama Big Stage 2020 sebentar tadi.

Menurutnya lagi, dia tidak kisah jika netizen akan membencinya kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta.

“ Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli.

“ Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

SUMBER: GEMPAK VIA KISAH BENAR

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*