Gadis Ini Sesat Di Parking Kereta Midvalley Selama 4 Jam! Security Dedahkan Apa Puncanya. Seram

Bermulanya kisah pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaya.

Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja.

Pada hari Rabu lepas adalah hari cuti “Off Day” aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik.

Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley.

Usai menunaikan solat Isyak dan layan movie sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan meluncur laju ke arah Midvalley.

Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu. Selesai wayang aku keluar dan ke toilet.

Kat sini wayang aku pulak bermula. Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.

Waktu aku masuk, memang aku sorang je sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde orang).

Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang telinga, sah!

Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog).

Walaupun dalam keadaan takut campur geram, aku pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang dan suara tu hilang.

Aku pelik dan mulalah perasan yang aku sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah.

Kemudian dalam kereta aku mula fikir pasal kejadian tu. Menyesal betul bila aku berani tolak pintu tandas tu. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar.

Aku terus tekan pedal berselang seli dengan brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar, dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar tiket. Masa tu aku rilek lagi.

Perhh! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni aku panik dah.

Aku tak berhenti sebab aku takut. Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam cerita Desolasi.

Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat.

Waktu tengah gelabah tu jugaklah aku ada perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung jalan kat arah belakang kereta aku.

Lembaga tu seolah-olah macam manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak pakai pape dan kedua tangannya ke atas.

Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak.

Dalam takut-takut tu aku sempat juga tengok cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu kat hujung setiap tingkat.

Nak baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat.

Kejadian menakutkan ni berakhir secara tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon.

Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila berjumpa “manusia” lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi walaupun dia tak faham, Nepal kot.

Aku mintak dia tunjuk jalan, dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1 tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je kat dalam tu.

Masa tu aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. “Adik baru turun ke? Dah pukul 6 ni”, tanya akak tiket tu.

Baru aku sedar yang dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang “security” Melayu.

Kemudian aku ceritakan segalanya kat brother tu dari A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku soalan macam2.

Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam bilik servis kalau tak silap.

Syukur sangat aku tak jadi pape, Allah masih pelihara dan lindungi.

Aku dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni memang merubah aku.

Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*