Setelah Menghadap YDP Sabah, Shafie Akan Umumkan PiIihan Raya Sabah Pada Sidang Media PukuI 10 Pagi Ini

Perhatian kini tertumpu kepada ketua menteri Sabah, Shafie Apdal yang dijadual mengadakan sidang akhbar jam 10 pagi, dipercayai berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin malam tadi.

Menurut sumber dari kem presiden Warisan, pertemuan di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabalu itu meliputi perbincangan mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya negeri.

Pertemuan itu berlangsung hanya beberapa jam selepas bekas ketua menteri, Musa Aman mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan Shafie dengan Juhar berlangsung selama hampir tiga jam malam tadi.

Sumber yang rapat dengan Shafie berkata demikian ketika ditanya apakah Shafie berada di istana negeri bagi membubarkan DUN yang akan membuka jalan kepada pilihan raya negeri.

Semalam, Musa, yang merupakan Adun Sibuga, mengadakan sidang media di mana beliau mendakwa memperolehi Akuan Bersumpah (SD) daripada Adun yang menyokongnya.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlahnya.

Musa juga mendakwa beliau telah diperintahkan oleh Yang di-Pertua Negeri untuk menyerahkan SD tersebut.

Bagaimanapun, sehingga tengah malam ini, tidak jelas apakah Musa berjaya menghadap Yang di-Pertua Negeri.

Menurut laporan The Star, Shafie meninggalkan istana negeri sekitar jam 11 malam.

Masih belum dapat dipastikan apa keputusan yang dicapai dalam pertemuan itu.

Tidak lama kemudian, pembantunya mengundang pihak media untuk menghadiri sidang media di pusat pentadbiran negeri di Kota Kinabalu, yang dijadualkan pada pukul 10 pagi hari ini.

Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat.

Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

Sumber – Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*