Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Di Rumah Masing-Masing Lepas Zohor Esok – Dr. Zulkifli

KUALA LUMPUR: Solat hajat serentak akan dilaksanakan di seluruh negara pada esok (Jumaat) selepas zohor di rumah dan tempat masing-masing berikutan situasi terkini yang melanda negara.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri berkata solat hajat itu boleh dilakukan di rumah dan tempat masing-masing.

Menurut Dr Zuklifli, beliau telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Syah untuk mencadangkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan solat hajat tersebut.




“ Berdasarkan taakulan saya dengan ilham daripadaNya, tarikh yang sesuai bagi cadangan pelaksanaan solat hajat serentak di seluruh negara adalah pada hari Jumaat (esok) selepas solat Zohor di rumah dan tempat masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Dr Zulkifli, Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat anda dengan zikrullah

https://twitter.com/drzul_albakri/status/1243083094988476416

Sumber: Twitter @drzul_albakri via Siakap Keli

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*