Apa Penyokong Vietnam Buat Pada Penyokong Malaysia Di Luar Stadium Selepas Tamat Final Malaysia Vietnam Memang Tak Dijangka

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah mengutuskan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua Ekor Harimau Sejati selepas tamatnya perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018.

Sila scroll ke bawah untuk melihat video

Malaysia tewas tipis(agregat 3-2) kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi hasil jaringan tunggal dari ayam tambatan Vietnam, Nguyen Anh Duc sekaligus membawa Vietnam menjulang Piala Suzuki AFF buat kali kedua.

Kenyataan dibuat oleh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin melalui media rasmi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya selaku presiden ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong pasukan Malaysia dan juga Ultras Malaya yang telah sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.”

“Tidak dilupakan juga, seluruh rakyat Malaysia di tanah air yang turut mendoakan kejayaan pasukan kita pada aksi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 menentang Vietnam ini dan setia menyokong pasukan sejak dari aksi pertama peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 8 November lalu biarpun Malaysia akhirnya gagal menjulang trofi kejuaraan Piala Suzuki AFF 2018 apabila menamatkan kempen selaku naib juara.”

Menurut Presiden FAM itu lagi, kegagalan Harimau Malaya menjulang Piala sepatutnya tidak diratapi dan perlu bersedia untuk cabaran yang mendatang dan beliau turut berterima kasih kepada TMJ atas segala jasanya selama ini dan tidak lupa juga kepada kelab dan negeri serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) dan kakitangan FAM.

“Kegagalan Malaysia pada malam ini bagaimanapun tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu terus memandang ke hadapan bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan kita menghadapi pula Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan.”

Terima Kasih TMJ

“Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Malaysian Football League (MFL) yang mana baginda telah banyak memberikan sokongan buat pasukan kebangsaan.”

“Ucapan terima kasih juga kepada semua pasukan negeri/kelab yang telah memberikan sumbangan dari segi pemain mereka untuk membarisi skuad 23 pemain kita ke saingan Piala Suzuki AFF 2018 ini.”

“Tidak dilupakan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM dan kakitangan FAM yang telah memberikan sokongan pada serta kerja keras sepanjang kempen edisi kali ini dan juga terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir ke Hanoi untuk bersama-sama menyokong skuad Harimau Malaya.”

“Tanpa kerjasama dan sumbangan semua, sudah tentu kita tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Anda semua adalah Ekor Harimau Sejati!”

“Terima kasih”

Seronoknya tengok situasi luar stadium di Hanoi selepas final malam tadi. Macam ni lah best !! AFFSuzukiCup2018 ,

Rata-rata dilihat peminat Vietnam langsung tidak membuat provokasi kepada peminat Malaysia selepas tamat perlawanan.

Jelas dilihat dari video,betapa sporting nya mereka..Semangat kesukanan yang wajar kita contohi.

video dibawah :

Komen netizen:

Tak Sangka, Ini Yang Dilakukan Penyokong Vietnam Kepada Penyokong Malaysia Sejurus Perlawanan Tamat

SSumber Artikel : Lobak Putih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*