Bintang Gusti WWE Ini Mula Mula Menolak Untuk Makan Makanan Malaysia Tetapi Selepas Dia Rasa Sedikit Pasti Dia Menyesal

Gusti atau wrestling. Kalau anda masih ingat pada zaman tahun 1980-2000, jika anda pergi mana mana restoren mamak atau gerai yang mempunyai TV dan VHS ( video player ) pasti mereka akan pasangkan cerita gusti.

Hulk Hogan, Macho Man Randy Savage dan lain lain lagi pasti akan terpapar di kaca TV restoren tersebut. Ketika itu dipanggil WWF ( World Wrestling Federation ) dan tidak lama kemudian selepas itu nama WWF ditukar kepada WWE ( World Wrestling Entertainment ).

Nama seperti The Rock, Stone Cold Steve Austion, Chris Jericho, The Miz, Dudley Boys dan lain lain lagi mesti berada di bibir peminat peminat gusti di dunia.

Kehadiran WWE Di Malaysia

Pertama kali WWE datang ke Malaysia adalah pada tahun 2002 dan ianya amat menakjubkan bagi peminat gusti dalam Malaysia. Bukan mudah untuk melihat secara langsung bagaimana atlet gusti ini bertarung di gelanggang. Acara yang paling dinantikan adalah The Rock dan Chris Jericho.

Kali kedua mereka ( WWE ) hadir ke Malaysia adalah pada tahun 2014 dan selepas 12 tahun lagi sekali membuat semua peminat gusti WWE teruja.

Kali ini mereka menghantar wakil WWE untuk tujuan promosikan acara mereka dan wakil yang dihantar adalah The Miz.

The Miz Makan Goreng Pisang

Satu kejadian melucukan ketika sesi temubual bersama wartawan dan berjumpa dengan peminat dimana The Miz diminta untuk merasa makanan Malaysia. Mereka membawa Pisang Goreng dan mereka beritahu ini adalah Fried Banana.

Pelik The Miz, bagaimana pisang boleh digoreng? The Miz beritahu sekarang dia sedang menjaga pemakanan dia dan jika dilihat raut wajah The Miz dia tidak menjangkakan pisang goreng untuk menjadi sedap.

Tetapi di saat dia meletakkan pisang goreng di mulut terus dia terkejut. Kesedapan pisang goreng yang The Miz makan betul betul buat dia teruja.

The Miz at Kuala Lumpur, Malaysia 2014

Message Terakhir John Cena Kepada Peminat Gusti Ketika Acara WWE Kuala Lumpur 2014

By: KL VIRAL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*