Ini Apa Yang Terjadi Selepas Perlawanan Skuad Pasukan Berpelukan Sambil Menitiskan Air Mata

BERDOA dalam air mata. Gembira dalam syukur!

Kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak, tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sewaktu berdoa bersama ahli pasukannya. – Instagram @malaysiasoccer

Begitulah situasi penuh emosi yang ditunjukkan oleh barisan pemain Harimau Malaya di padang Stadium Rajamangala, pada Rabu malam, sejurus meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2

Dalam satu muat naik di akaun Instagram @malaysiasoccer, ahli pasukan skuad kebangsaan itu berpelukan sambil menitiskan air mata, tanda mereka puas dapat menyekat kemaraan pasukan Gajah Perang pimpinanĀ Milovan Rajevac.

Mereka kemudian tidak lupa memanjatkan rasa syukur dengan berdoa bersama, diketuai oleh Adam Nor Adlin.

Terima kasih, Ya Allah, atas kemenangan ini. Kami bersyukur pada-Mu, Ya Allah.ā€œInilah hasil kerja keras dari semua pemain, dari atas hingga ke bawah.
ā€œBagilah kami ke final, mudahkanlah kami, Ya Allah,” itulah antara yang disebutkannya dalam doa itu sambil diaminkan oleh yang lain.

Ketika mereka berdoa dalam keadaan yang sebak itu, laungan dan sorakan Ultras Malaya diiringi terus berkumandang kuat di stadium diiringi paluan gendang, tanda meraikan kejayaan setelah pasukan negara berjaya mematikan langkah Thailand, salah sebuah gergasi bola sepak yang disegani di Asia Tenggara.

Kelebihan jaringan gol di tempat lawan membolehkan Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki meskipun terikat 2-2 pada Rabu malam.

Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir pada Khamis.

Ini Komen Padu Dari TMJ Tentang Pasukan Malaysia

@HRHJohorIIĀ Yyyyaaaaarrrghghhhhhhhā€¦ Who put TCH there, OKS in under23, and Bojan in under19. All did extremely well. ClaimĀ hangmanĀ tank claim.. haha.. Congrats Malaysia and FAM. Love, TMJ

Lihat Apa Komen Netizen Dari Komen TMJ Tentang Pasukan Malaysia Malam Ini

Artikel By Klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*