Ini Punca Bagaimana Liverpool Mampu Benamkan Manchester United Dengan Mudah

LIVERPOOL: Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas musuh tradisi, Manchester United di Anfield, awal pagi tadi.

Kemenangan itu turut menyaksikan skuad The Reds kembali merampas kedudukan teratas liga daripada Manchester City dengan kini berkelebihan satu mata di depan pencabar utama mereka itu.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, anak buah Jurgen Klopp kini mengumpul 45 mata berbanding City 44 mata.

Pemain gantian, Xherdan Shaqiri muncul wira Liverpool apabila meledak dua gol selain gol pertama dijaringkan Sadio Mane.

Mane membuka tirai jaringan buat The Reds apabila tenang menyudahkan hantaran dilakukan Fabinho pada minit ke-24.

Bagaimanapun, gol pendahuluan Liverpool tidak bertahan lama apabila United yang dibimbing Jose Mourinho kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi Jesse Lingard pada minit ke-33.

Shaqiri yang masuk menggantikan Naby Keita pada babak kedua membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meletakkan Liverpool kembali di depan menerusi jaringan minit ke-73 sebelum melengkapkan kemenangan pasukan itu dengan gol kedua peribadi pada minit ke- 80.

Kekalahan menyaksikan United kekal di tangga keenam liga dengan 26 mata, 11 mata ketinggalan di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea bagi perebutan slot ke Liga Juara-Juara.

Sumber Artikel : Hmetro Online.

Video Liverpool Malukan Manchester United

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*