Ini Yang Terjadi Sebelum Perlawanan Penting Malaysia Dengan Vietnam Malam Ini

AFF Suzuki: Durian runtuh menanti Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Durian runtuh bakal menanti skuad bola sepak negara yang akan menentang Vietnam dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini.

bola

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan tidak mempunyai halangan untuk memperuntukkan insentif berdasarkan pencapaian cemerlang pemain sepanjang kejohanan berlangsung.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan apakah bentuk habuan atau insentif yang akan diberikan kelak.

“Saya rasa perkara itu tidak ada masalah yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.

“Fokus kita sekarang adalah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia bakal berdepan pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bertandang ke gelanggang lawan Sabtu ini. Sumber Artikel : Kosmo Online

Mufti doakan pasukan M’sia bawah bimbingan Cheng Hoe menang

Kemenangan pasukan negara menentang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini menjadi harapan banyak pihak, tidak terkecuali Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad.

Selepas berlepas ke tanah suci Makkah hari ini, beliau sempat mendoakan kemenangan untuk pasukan negara bawah pimpinan Tan Cheng Hoe.

“Kami berdoa semoga pasukan Malaysia bawah bimbingan coach yang berwibawa Tan Cheng Hoe serta pemain yang meningkat prestasi mereka bertaraf Asia akan melakarkan kejayaan untuk pasukan Malaysia,” katanya.

Zulkifli dijadual menghadiri sebuah muktamar berkaitan bahaya pecah belah di kalangan umat Islam selama dua hari yang bermula esok.

Menulis di Facebook, Zulkifli percaya cara permainan pasukan yang berisi taktikal dan teknikal bawah kendalian jurulatih akan dapat menghasilkan gol yang menatijahkan kemenangan.

“Salam hormat daripada kami. Semoga kemenangan menjadi milik pasukan Malaysia. Amin,” katanya.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada hari ini sebelum aksi final kedua di Hanoi pada Sabtu. Sumber ArtikelMALAYSIA KINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*