Juara UFC Khabib Nurmagomedov Mencabar Floyd Mayweather Dengan Yakin Dia Boleh Menang. Ini Kata Kata Khabib

Masih belum reda kisah pertarungan Khabib dengan Connor McGreggor. Pertarungan mereka boleh dikatakan pertarungan paling mendapat reaksi paling tinggi di seluruh dunia dan boleh dinobatkan antara acara paling menarik untuk 2018.

Tetapi semua tidak akan berakhir disitu apabila Khabib mencabar satu lagi ahli sukan yang agak menggerunkan.

Khabib cabar juara tinju Floyd Mayweather

LOS ANGELES 15 Okt. – Juara ‘lightweight’ UFC, Khabib Nurmagomedov dilihat cuba ‘meniru’ bekas seterunya, Connor McGregor dengan mencabar juara tinju, Floyd Mayweather ke gelanggang.

Cabaran tersebut dilontarkan menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram promoter Mayweather, Leonard Ellerbe yang dipetik sebagai berkata, beliau terserempak dengan Khabib dalam satu majlis di Rusia.

“Mari Floyd. Kita perlu bertarung sekarang: 50-0 menentang 27-0,” kata Khabib yang berdiri di sebelah Ellerbe yang sedang tersenyum.

“Kita (sama-sama) belum pernah tewas. Di dalam hutan, hanya ada satu raja. Semestinya, saya raja kerana dia (Mayweather) tidak dapat tumbangkan McGregor tapi saya berjaya. Marilah.”

Namun, tidak dapat dipastikan samada cabaran Nurmagomedov ini bagi pertarungan tinju atau UFC, dan mampu membawa Maywather keluar dari persaraan beliau.

Seperti McGregor, juara dunia dua kali Sambo ini tidak mempunyai pengalaman bertinju.

Pada Ogos tahun lepas, McGregor dilaporkan menerima bayaran kira-kira USD$100 juta hasil pertarungannya dengan Mayweather.

Perlawanan yang dilihat agak berat sebelah itu berkesudahan dengan Mayweather berjaya menewaskan McGregor dengan keputusan TKO pada pusingan ke-10.

Minggu lepas, Khabib berjaya mempertahankan kejuaraannya selepas mengalahkan McGregor pada pusingan ke-4. – AFP

CABARAN KHABIB DAN INI RESPOND BALAS FLOYD MAYWEATHER

SUMBER : UTUSAN ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*