Penyokong Myanmar Cedera Diserang Oleh Sekumpulan Penyokong Malaysia

Disebalik kejayaan Malaysia menempah tiket ke perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas menewaskan Myanmar, 3-0 semalam, berlaku insiden yang tidak disenangi apabila sekumpulan penyokong Myanmar telah diserang selepas tamat perlawanan.

Menurut satu laporan daripada portal berita dari Vietnam, TTVN penyokong Myanmar mendakwa kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Penyokong Myanmar menunjukkan kawasan kejadian. FOTO: TTVN

20 orang penyokong Myanmar ini kemudian diserang secara fizikal oleh 30 penyokong Malaysia sehingga menyebabkan seorang wanita dalam kalangan penyokong Myanmar tersebut mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital.

Sumber dari Fox Sports turut melaporkan salah seorang daripada penyokong Malaysia menjerit “ba bi” sehingga menyebabkan beberapa penyokong Myanmar lari lintang pukang menyelamatkan diri daripada serangan mereka.

Salah seorang daripada penyokong Myanmar yang mengalami kecederaan. FOTO: TTVN

Penyokong wanita Myanmar mengalami kecederaan serius

Difahamkan wanita tersebut telah ditendang oleh 3 orang lelaki Malaysia sehingga mengalami kecederaan dalaman yang serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Malah, penyerang tersebut turut mengambil kesempatan merampas beberapa telefon bimbit milik sekumpulan penyokong Myanmar tersebut.

“Sangat teruk. Insiden ini berlaku setiap kali kami menyaksikan perlawanan menentang Malaysia walaupun kami kalah,” kata salah seorang daripada penyokong Myanmar tersebut seperti dipetik dalam Fox Sports.

“Kami telah melaporkan kepada pihak polis mengenai kejadian ini tetapi mereka memberitahu penyokong Myanmar yang telah memulakan dahulu serangan itu. Mereka mengarahkan kami pulang ke rumah secepat mungkin.

“Kalau Myanmar menang malam ini (semalam), kami mungkin akan dibunuh. Saya harap abang saya kembali pulih daripada kecederaan itu,” katanya.

Penyokong yang cedera menerima rawatan daripada doktor tempatan. FOTO: TTVN

Semalam, Malaysia menewaskan Myanmar di hadapan lebih 83, 000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil hasil daripada jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan 2 gol daripada Zaquan Adha. Ia merupakan rekod kehadian tertinggi di kejohanan Piala AFF setakat ini.

AFF 2018: 5 Perkara Daripada Kemenangan Malaysia Ke Atas Myanmar

Malaysia menang 3-0 ke atas Myanmar dalam perlawanan terakhir kumpulan A yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam.

1. Malaysia ke separuh akhir

Malaysia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF 2018. Myanmar hanya memerlukan seri untuk mara, namun Harimau Malaya ternyata dalam prestasi terbaik.

Ini adalah kali ke-9 Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF. Daripada 9 separuh akhir, Malaysia mara ke 3 edisi final.

2. Norshahrul terus meledak

Siapa sangka penyerang veteran ini menjadi penjaring penting untuk Malaysia dalam edisi kali ini. Norshahrul sudah menjaringkan 4 gol setakat ini dalam Piala AFF 2018.

Beliau kini dibezakan dengan 3 gol di belakang Adisak Kraisorn yang masih mendahului senarai penjaring. Sementara itu kapten Malaysia, Zaquan Adha sudah menjaringkan 3 gol.

Zaquan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini dan salah satu daripadanya adalah gol yang beliau sendiri tak sedar – bahawa itu adalah gol daripada beliau.

Malaysia 3-0 Myanmar (AFF Suzuki Cup 2018 : Group Stage)

🎯 Decisive finishing was the difference at a sold-out Bukit Jalil Stadium as Malaysia beat Myanmar 3-0 to book a spot in the semi-finals at the #AFFSuzukiCup18 ! 💪 #TimeToShine #MASvMYAMatch Report 👉 https://bit.ly/2QjwZBB

Posted by AFF Suzuki Cup on Saturday, November 24, 2018

3. Prestasi Sumareh

Mohamadou Sumareh telah menjadi nadi penting skuad Malaysia dalam perlawanan ini. Beliau mencetuskan ancaman dengan sepakan gunting yang terkena palang – kemudiannya disambar oleh Norshahrul.

Piala AFF

Sumareh menjadi pemain yang paling aktif mencipta peluang ke dalam kawasan bahaya. Setakat ini, beliau berjaya menikmati debut dalam Piala AFF yang baik.

4. Improvisasi Malaysia

Dari segi kestabilan pasukan dan kreativiti, Malaysia jauh lebih baik dalam perlawanan ini. Namun malangnya beberapa peluang keemasan tidak disempurnakan untuk menambah lagi gol.

Seterusnya, Akram Mahinan dan Syamer Kutty lebih baik dalam posisi mereka ketika fasa transisi. Sebelum ini 2 pemain ini terlalu statik dan kerap berada di zon yang sama ketika fasa serangan.

Kemasukan pemain seperti Shahrel Fikri dan Akhyar Rashid juga memberikan impak pada akhir perlawanan.

5. Perlu diperbaiki

Malaysia agak rapuh dalam mengekang serangan balas dengan segera. Di sebelah kiri, beberapa kali Malaysia didedahkan dengan ancaman bahaya.

Kredit kepada pemain seperti Shahrul Saad dan Farizal Marlias yang cemerlang menafikan beberapa ancaman terus ke arah gol oleh Myanmar.

Seterusnya, pasukan Malaysia jelas bermasalah dengan duel fizikal dalam perlawanan ini. Diharap aspek ini diperbaiki kerana kualiti lawwan kita lebih ini pastinya lebih baik.

Tahniah kepada Harimau Malaya, semoga kita mara lebih jauh selepas ini.

Sumber : Fox Sport

1 Trackback / Pingback

  1. Penyokong Myanmar Cedera Diserang Oleh Sekumpulan Penyokong Malaysia - Satria

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*