Bergegar Bilik Berita Bila Ramalan Ketua Pengarah Bomba Ini Jadi Kenyataan. Yang Ada Disitu Semua Terkejut

#WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Dalam babak pertama aksi perlawanan tersebut, Thailand mendahului permainan menerusi tandukan Thitipan Puangchan pada minit ke-20 yang terkena pemain gantian, Muhammad Irfan Zakaria.

Namun pada minit ke-28, Muhammad Syahmi Safari berjaya menyamakan kedudukan menjadikan keputusan pada separuh masa pertama, 1-1.

Beberapa minit pada separuh masa kedua, Thailand sekali lagi mendahului perlawanan menerusi tandukan Pansa Hemviboon pada minit ke-63.

Bagaimanapun, kedudukan itu berjaya dipecahkan menerusi jaringan penyerang Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71 sekaligus menjadikan keputusan 2-2.

#WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki
Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas berjaya mengikat Thailand 2-2. – Foto Twitter @FAM_Malaysia

Pada saat akhir perlawanan, Malaysia melalui detik cemas kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Syahmi dilayangkan kad merah oleh pengadil apabila tangannya terkena bola di dalam kotak penalti.

Pasukan Thailand pula diberikan sepakan penalti, namun nasib menyebelahi skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu apabila sepakan yang diambil Adisak Kraisorn melewati palang gol, sekaligus mengekalkan keputusan, 2-2.

Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk Malaysia layak ke final menerusi peraturan ‘away goal’ atau gol di tempat lawan.

Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir esok.

Mara ke final: ‘Ramalan’ dan doa KP Bomba termakbul

KUALA LUMPUR: Doa Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Hamdan Wahid termakbul apabila pasukan Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir, Piala AFF Suzuki.

Mara ke final: 'Ramalan' dan doa KP Bomba termakbul
Sebelum penyerang skuad Gajah Perang, Adisak Kraisorn mengambil sepakan penalti, Hamdan turut menjangkakan bahawa bola tersebut akan tersasar ke atas gawang. – Foto Astro AWANI

Beliau yang menyaksikan perlawanan separuh akhir bersama kakitangan Astro AWANI, pada awalnya amat mengharapkan sekurang-kurangnya Malaysia seri pada perlawanan menentang Thailand.

Keriuhan di bilik berita ibarat berada di Stadium Rajamangala itu disulami debaran selepas wisel penalti kepada Thailand ditiup.

Malah, sebelum penyerang skuad Gajah Perang, Adisak Kraisorn mengambil sepakan penalti, Hamdan turut menjangkakan bahawa bola tersebut akan tersasar ke atas gawang.

Tekaan itu menepati ramalan sekaligus Hamdan bersama kakitangan Astro AWANI bersorak disusuli tiupan wisel pengadil, Adham Makhadmeh.

Hamdan hadir ke Astro AWANI bagi menghadiri temubual menerusi program Agenda AWANI.

Sumber : ASTRO AWANI

edited by klviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*