Tak Sampai 5 Minit Gawang Malaysia Bolos. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

BUKIT JALIL – Pertandingan final leg I Piala AFF 2018 yang mempertemukan antara Pasukan Negara Malaysia vs Vietnam yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, pada Selasa (11/12/2018)  berjalan sangat menarik. Bagaimana ada tiga gol yang tercipta di sepanjang babak pertama. Akan tetapi, pasukan tuan rumah tertinggal 1-2 dari Vietnam di babak pertama tersebut.

Malaysia yang bermain di hadapan pendukungnya sendiri sebenarnya dapat dikatakan bermain dengan sangat baik. Terutama di minit-minit awal pertandingan, babak pertama baru berjalan. Banyak peluang yang mereka ciptakan dan penguasaan bola mampu Malaysia kuasai.

Akan tetapi, keasyikan menyerang telah membuat pertahanan Malaysia menjadi rapuh. Peluang tersebut dimanfaatkan dengan baik oleh Vietnam hingga mampu mencetak gol pada menit 22 melalui aksi Nguyen Huy Hung.

Tak hanya sampai situ saja, tiga menit berselang gawang Malaysia lagi-lagi kebobolan oleh pemain Vietnam. Kali ini giliran Pham Duc Huy yang berhasil mencatatkan namanya di papan skor. Gol tersebut jelas membuat pendukung Malaysia terdiam.

Malaysia berhasil memperkecil ketertinggalan dengan mencetak gol melalui Shahrul Saad pada menit 36. Gol tersebut jelas memberikan sedikit harapan bagi Malaysia untuk menjalani babak kedua.

GOL PERTAMA VIETNAM

Tak Sampai 5 minit, Vietnam Meledak Gol Kedua ..

Video Malaysia Membuat Gol Comeback !!

Dr Mahathir hadir beri sokongan kepada Harimau Malaya

Image may contain: 3 people, people standing

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengotakan janjinya untuk hadir memberi sokongan kepada Harimau Malaya yang bertemu Vietnam di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Beliau tiba pada 8.30 malam lengkap memakai jersi kebangsaan untuk bersama-sama sekitar 80,000 penyokong skuad bimbingan ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe menyaksikan perlawanan final pertama itu.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei; pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa atlet lain.

Video Ketibaan Tun Mahathir Di Bukit Jalil

Hujan sejak tengah hari tadi tidak menghalang peminat Harimau Malaya membanjiri stadium itu.

Perlawanan akhir kedua di Hanoi, Vietnam akan diadakan Sabtu ini. Kali terakhir Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki ialah pada 2010.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*