Terkini

MySaveFood berjaya selamatkan 3,500kg makanan sekitar KL

LEBIH 3,500 kilogram (kg) makanan berjaya diselamatkan dalam operasi MySaveFood di sekitar Kuala Lumpur.

Pemuda GemaKL telah berjaya mengumpulkan dan emnggerakkan sukarelawan di seluruh Kuala Lumpur untuk menjayakan projek MySaveFood@Ramadan pada tahun ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Pemuda Gema KL, inisiatif MySaveFood adalah usaha menyelamatkan lebihan makanan yang tidak terjual daripada bazar Ramadan dan akan diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Operasi ini telah bermula pada 17 Mac yang lalu dan kini telah memasuki hari yang ke tujuh dan beroperasi di enam lokasi bazar Ramadan.

“Dalam tempoh tujuh hari operasi MySaveFood dijalankan, sebanyak 5,544kg makanan dan minuman tidak terjual berjaya diselamatkan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan berkolaborasi bersama Pemuda Gema KL bagi menjayakan opeasi ini,” katanya.

Pemuda Gema KL turut berharap agar program-program ini dapat mengelakkan pembaziran sepanjang bulan Ramadan ini.

Untuk info, antara bazar di sekitar Kuala Lumpur yang menjalankan MySaveFood adalah seperti di bawah:

  1. Bazar Ramadan, Kg Baru (17-30 Mac 2024
  2. Bazar Ramadan Lrt Wangsa Maju ( 18-24 Mac 2024)
  3. Bazar Ramadan Lrt Damai (18-24 Mac 2024)
  4. Bazar Tasik Sri Rampai (20-22 Mac 2024)
  5. Bazar Ramadan Pandan Indah (19-25 Mac 2024)
  6. Bazaria Pantai Dalam (18-29 Mac 2024)

Jemput ramai-ramai untuk menyokong dan menjayakan lagi misi ini dan mengelakkan berlaku pembaziran makanan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top