Tun Mahathir Bagi Amanat Kepada Harimau Malaya Untuk Jangan Buat Dia Kecewa

20,000 tiket pertama habis, tapi anda masih ada peluang!

KUALA LUMPUR: SEMUA tiket perlawanan pusingan pertama peringkat akhir Piala Suzuki AFF 2018 antara Malaysia dan VIetnam pada Selasa depan yang dikeluarkan hari ini, sudah habis dijual.

Semakan di laman web Ticket Hotline menunjukkan semua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di portal berkenaan sudah terjual kesemuanya.

20,000 tiket pertama habis, tapi anda masih ada peluang!

 

Laporan sebelum ini menyatakan ia dibuka untuk jualan sejak jam 9 pagi ini (Jumaat) bagaimanapun semakan pada jam 9.30 pagi mendapati tiket berkenaan sudah habis terjual.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengumumkan 40,000 tiket akan dijual secara dalam talian di mana 20,000 dijual pada Jumaat dan 20,000 lagi dijual pada Sabtu.

40,000 tiket lagi dijual di kaunter pada Ahad dengan lokasi penjualan akan diumumkan kelak.

FAM turut mengumumkan peminat bola yang hadir ke Stadium Rajamanglaa di Bangkok pada peringkat kedua separuh akhir mungkin diberikan keutamaan untuk mendapatkan tiket final ini.

Piala AFF Suzuki: Jangan kecewakan saya, rakyat Malaysia – Tun Mahathir

Piala AFF Suzuki: Jangan kecewakan saya, rakyat Malaysia - Tun Mahathir

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pasukan Harimau Malaya tidak akan mengecewakan beliau serta rakyat Malaysia pada dua perlawanan akhir menentang Vietnam Piala AFF Suzuki.

Bercakap di hadapan skuad kebangsaan, Dr Mahathir mahu pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu meningkatkan latihan menjelang aksi pertama Selasa ini.

“Walaupun saya bukanlah peminat bola sepak sangat tetapi malam itu (hari perlawanan) saya dipaksa pergi. Saya akan pergi tonton.

“Saya harap jangan kecewakan saya. Nak bagi kecewa orang Vietnam, boleh. Itu saya tak marah. Jangan bagi kecewa saya dan negara kita kerana (rakyat) negara kita berharap sangat kita dapat kemenangan,” katanya di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menerima jersi Harimau Malaya daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di pejabat beliau.

Sumber Artikel : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*