Terkini

‘Lampu hijau’ jadi tanda laluan SmartLane dibuka

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bakal mengadakan pemasangan lampu hijau berkelip laluan SmartLane untuk menunjukkan laluan SmartLane diaktifkan bagi mengelakkan kesesakan, selain menambah kapasiti lorong di lokasi kritikal sepanjang lebuh raya.

Selain lampu berkenaan, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi yang telah dikenal pasti.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengelak kesesakan lalu lintas terutama sekali apabila mendekati hari perayaan.

Baca juga: Lebih 500 bakul makanan diberi kepada warga kerja DBKL

Nik Airina turut berkata pihak PLUS akan menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di enam lebuh raua sempena musim perayaan lalu, 70 peratus pengguna bersetuju bahawa inisiatif SmartLane telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Baca juga: Butik ELRAH didakwa terbakar, netizen puji gaya ‘cameraman’ rakam video ala filem ‘Polis Evo’

“Selain mengurangkan aliran trafik, ia turut membantu dalam menjimatkan masa dan memudahkan pengguna jalan raya, khususnya kenderaan persendirian atau penumpang,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Nik Airina turut menegaskan kepada orang ramai untuk tidak memandu di lorong kecemasan di mana-mana lokasi yang tiada laluan SmartLane diaktifkan. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top